Rumah kelahiranku pada 1980'an |
I - Kisah Zaman Kanak-Kanak
Aku dibesarkan bersama-sama kakak-kakakku yang lain di rumah kami. Ibu adalah surirumah sepenuh masa dan ayah pula berniaga barang basah di Behor Lateh, Kayang, Perlis. Aku masih ingat zaman kanak-kanak ku banyak aku habiskan di kedai runcit emak. Aku pasti akan menunggu kakak ku balik dari sekolah yang pastinya akan bawakan aku makanan & barang mainan. Kami hidup serba sederhana dan ibu amat mementingkan pelajaran kami adik beradik dan bagi ibu pelajaran adalah segalanya.
II - Pendidikan
Pendidikan Awal
Bersama dengan kawan-kawan sepasukan bola sepak |
1990 - Aku mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Padang Besar (Selatan), Kuala Perlis dan aku masih ingat lagi Cikgu Nazirah berbadan kecil tetapi bersuara lantang dan sangat garang tetapi amat menyayangi kami dan dibantu oleh Mak Teh yang sekarang selalu aku jumpa atas urusan parti.
1991 - 1996 - Aku mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Padang Besar (S), Kuala Perlis. Sekolah penuh nostalgia. Aku bukanlah seorang pelajar yang bagus. Aku mendapat No.18 dalam kelas semasa darjah satu dan no. 12 pada semester berikutnya. Aku naik kelas semasa darjah 3 dan kekal sehingga darjah 6. Guru-guru ketika itu sangat komited dalam menjadikan kami 'manusia' dan tanpa penat & jemu mengajar kami. Cikgu yang paling kuat berusaha untuk kami adalah Cikgu Bahasa Melayu kami, Cikgu Sarimah. Dalam beliau sarat mengandung sanggup datang ke sekolah pada hari sabtu utk kelas tambahan.
Pendidikan Menengah
1997 - 1999 - Aku mendapat keputusan yang baik dalam UPSR 1996 dan ditawarkan tempat di Maktab Rendah Sains MARA Gerik, Hulu Perak, Perak. Selama 3 tahun belajar di sana, pelbagai pengalaman pahit & manis bersama kawan-kawan yang aku kenali. Paling aku tak dapat lupa adalah cuti panjang akibat tiada bekalan air di asrama kerana sekolah kami berada di atas bukit (Bukit Nasah) dan akibat penyakit berjangkit seperti sakit mata dan lain-lain. Aku pernah dimasukkan ke wad di Hospitak Gerik akibat demam dan sakit kepala melampau dan banayk kenangan manis yang tak dapat aku lupakan yang tak sempat aku kongsi disini.
2000 - 2001 - Aku melanjutkan pelajaran ke MRSM Berseri
2002 - Melanjutkan pelajaran ke Kolej MARA Kulim untuk khursus matrikulasi KPM
Bersama mentor mentee di Kolej MARA Kulim (2002) |
Pendidikan Tinggi
2003 - 2007 - Mendapat pendidikan tinggi Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal (Telekomunikasi) dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor. Selama 4 tahun aku menjadi orang Parit Raja. Pelbagai kisah pahit manis bergelar pelajar yang aku alami dan aku amat sukar melupakan kenangan bersama rakan-rakan semasa disana.
III - Terus Membesar Di Alam Pekerjaan
Projek Pencahayaan Di Esplanade Sungai Perlis, Kangar |
Kemudian pada September 2009 aku bertugas di Heveafil Sdn. Bhd. sebagai Eksekutif Elektrikal sehingga sekarang.
IV - Tentang aku...
aku suka makan benda pedas samapai mak selalu marah takut badan tak besar (sebab pada mas itu aku tersangatlah kurus @ 48kg) dan benda yang selalu minta mak aku buatkan ialah sambal tumis, tom yam dan paling aku suka nasi minyak. Selalunya nasi minyak mak aku kan buat pada pagi hari raya.