Sunday, June 26, 2016

Hello everyone!

C'mon people now!
Smile on your brother
And everybody get together
Try to love one another right now!

Hi grandma!
Hi Chaq!
Hi mom & dad!
Hi uncles and aunties!

*5 weeks

Sunday, June 12, 2016

IFTAR

Kali ini iftar special dengan isteri. Meraikan isteri yang bersusah-payah untuk kita seharian di rumah. Jangan berkira sangat dengan depa, nanti Allah pun berkira dengan kita...

:)

Balik Semula

Lama
Sudah lama tidak menulis. Barangkali tangan sudah letih. Bertahun tinggalkan keyboard kerana zaman sudah lain.

Sunday, October 7, 2012

Catatan Perjalanan: Menulis & Bertunang...

Intro
Hampir setahun tidak menulis dalam blog akibat kesempitan ruang masa kerana terlalu sibuk bekerja. Tugasan mula menggunung dan menggila. Disibukkan pula dengan majlis pertunangan dan perkahwinan. Huh... hanya Allah sahaja yang tahu bertapa letihnya...

Bertunang.

Pada tanggal 16 September 2012 adalah hari pertunangan saya bersama Azah. Kami bersetuju untuk memilih tarikh 12.12.2012 sebagai tarikh nikah dan 15.12.2012 sebagai resepsi. Fengan masa yang agak terbatas, saya menyerahkan bulat-bulat tugas urusan persiapan perkahwinan kepada saudara perempuan saya dan saya berasa amat beruntung sebab depa ni semua ada 'kaki' masing-masing dan boleh dapat futher disconut.




Friday, September 16, 2011

Weekend @ Samsung

Dulu, semasa aku masih lagi dengan Heveafil hujung minggu memang masa untuk membuta & berdating. Tp esok aku kena masuk kerja nak setelkan macam-macam tugasan yang tak setel lagi...

Sekarang ni, susah sungguh nak dapatkan rang waktu untuk diri sendiri. Sabtu kerja, ahad pun kerja. Isnin lagi la...Tapi tak apa, selagi badan sihat, akan aku usaha jugak sebab aku dh tandatangan utk beri komitmen kpd syarikat sementelah MD target nak keluarkan 200,000 unit microwave seminggu. Nak tak nak aku sbb supporting team kena usaha lebih la....

Korea
Aku kena paksa dengan bos aku untuk p ke Korea selama 10 hari untuk kursus dia sana denga semua subsidiaries Samsung. Passport tak siap lagi... bila la aku nak p JPN ni? Dengan masa pn tak ada...
Tak apa, nnt cuba cari ruang waktu....

Thursday, September 1, 2011

Ramadhan, Audit & Syawal...

Syawal...

hari ini hari ke-2 berhari raya tp mood dah jd mood orang tua, biasa sj cuma agak gembira sebab jumpa kawan-kawan yang mana kami tak jumpa hampir 15 tahun. Happy bila ungkit & imbau kenangan lampau zaman sekolah rendah... masing-masing dah berubah dah besar panjang & ada yang dah ada anak 2 orang. Aku saja yang terkapai-kapai cari pelampung nk selamatkan diri dari dunia bujang ni.

Audit

seminggu sebelum Syawal aku agak sibuk dengan audit di Samsung. Mamat-mamat KOrea tu boleh berkampung seminggu untuk audit. Aku berada dalam department/jabatan Environment, Health & Safety (EHS), satu jabatan baru di situ dan pada masa audit la macam-macam kelemahan yang aku dapat tengok terutamanya dari segi implementation dan juga documentation. Tp it's ok sebab nama pun department baru so lepas cuti raya banyak la benda yang aku kena buat....

Ramadhan...

Ramadhan kali ni aku agak santai & ia pergi terlalu cepat tanpa aku sedari & aku mengaku, ibadat sunat pada ramadhan kali ni adalah paling sikit yang aku buat sbb balik kerja dah pkul 10 so aku niatkan aku p kerja kerana Allah Ta'ala sebab aku tau aku tak mampu nk catch up ibadat pada malam hari. Aku rasa rugi sangat.

Lebaran

Sabtu sebelum syawal, aku & Azah sempat bershopping di Jalan TAR. Tak la banyak tp setakat keperluan saja. Aku & azah cuma beli baju melayu Johor dan baju kebaya untuk azah yang mana warnanya sedondon... tapi sayang aku tak sempat tengaok Azah gayakan baju tu... Memang dh lama aku teringin nak tengok dia pakai kebaya...

Balik ke Kelang...

Aku rasa tak puas beraya di kampung dang mak & ayah. Rasa x puas lg dengar cerita-cerita mak & belum puas pusing Perlis. AKu bercadang nak konvoi dengan Rahazul dari Perlis ke Batang Kali & mungkin ditemani oleh seorang lagi kawan aku, Saiful. Sekurang-kurangnya tak la bosan sepanjang jalan nanti.

Aku baru saja balik beli barang basah untuk mak. Dengan kata cucu tembam kesayangan dia nk balik esok, so aku nk prepare la apa yg patut utk si comel tu. Duit raya yang aku pungut stakat ni adalah -RM140.00. Huh, aku puas ati boleh bg duit raya akhirnya kat tok menakan (saudara). Ok jumpa lagi edisi yang akn datang...

Regards,
zzemy.blogspot

Saturday, August 6, 2011

Samsung, Ramadan & Everything...

Behenti Kerja...

Aku menamatkan perkhidmatan di Heveafil Sdn. Bhd. pada 15hb. Julai 2011 setelah berkhidmat hampir 3 tahun di sana sejak 8hb Sepetember 2011. Bukan satu keputusan yang mudah tapi amat perlu... Kenapa? Atas desakan komiment... Heveafil tak mampu berikan apa yang aku minta so I've got to go and I've got to leave....

Samsung

Cuma sempat menganggur selama 2 hari, aku berkhidmat di EHS - Emergency, Health & Safety Department sebagai Facility Engineer yang jaga electrical power, airconditioning, chiller, compressed air system & steam boiler. Bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang 5 hari seminggu. Akibat jalan di Port Klang selalu jam so aku amik keputusan untuk melepak di Samsung sampai jalan ok lebih kurang dalam jam 8.00pm dgn erti kata lain OT 2 jam sehari. Ok la, balik cepat pn bosan sj kat rumah, bukan ada apa, bini pun tak ada...

Ramadan
Ngam-Ngam 3 minggu aku kat sana, Ramadan pun tiba so aku bersahur sorang-sorang (kadang-kadang tak sahur) kat rumah dan berbuka di Samsung bersama rakan-rakan. Juadah? Hahahaha x kisah sebab makanan sedap2 percuma pulak tu Samsung beri. Ok la kira memusakan hati la berbuka dengan nasi berlauk yg Samsung bagi. Hujung minggu lepas kerja, aku akan pick up my Cik Azah di Kerinchi then terus balik ke Batang Kali.

So, hari ni hari ke 6 kita berpuasa & aku nk lari seketika dari nasi berlauk Samsung untuk melayan makanan dari Bazar Ramadan di Batang Kali... Aim aku ayaq tebu & murtabak petang ni. Hehehehe... So, jap lagi keluar jap dgn Cik Azah pi Pasar Ramadan. So, gua nak solat then melepak jap depan TV sebelum keluar. Harap-harap boleh jumpa kawan-kawan Heveafil kat sana sebab terasa rindu pulak pd semua...

Bye... gua solat jap!