Wednesday, May 18, 2011

Kenapa Saya Menolak PAS & PKR?

Cerita Kedai Kopi

Ketika saya bersama kawan-kawan yang terdiri dari pelbagai latarbelakang politik, saya telah ditanya satu soalan yang tidak pernah ditanya oleh sesiapa sebelum itu. Soalan yang agak ringkas tetapi mendalam. Pada mereka, saya lebih dikenali sebagai seorang ahli UMNO yang agak low profile dan tidak banyak bergasak tentang fahaman politik tetapi banyak bercerita & berbincang tentang pembangunan komuniti & pendidikan.

Kenapa?

-Mie, awat hang tak sokong PAS sedangkan hang ada juga sikit pengetahuan agama & awat tak sokong PKR sedangkan hang ada sedikit pengetahuan reformis?-

Berbalik kepada Amanat Haji Hadi yang berjaya memecahbelahkan masyarakat, lihat saja impaknya, suami isteri bercerai-berai, anak-bapa tak bertegur, jiran-jiran pecah belah, kariah/jemaah solat dua Imam ditambah pula dengan Fatwa karut & marut yang disusun mengikut kepuasan kehendak nafsu politik beliau, itulah yang menyebabkan saya hilang kepercayaan terhadap Islam bawaan PAS.

Bagaimana saya mahu sokong...?

Kekuatan ukhwah dalam keluarga adalah asas penting/teras masyarakat & masyarakat/komuniti adalah teras kejayaan sesebuah tamadun. Jika dari teras lagi mereka sudah rosakkan ikatan, seolah-olah PAS cuba mengubah formulasi kekuatan Ummah yang mana kemudian melemahkan sistem sosial masyarakat itu sendiri.

Modus operandi mengkafirkan UMNO & mengharamkan segala urusan muamalah, urusan rutin antara orang UMNO dan bukan UMNO berjaya memecahbelahkan masyarakat sehingga terjadinya pelbagai hal seperti contoh-contoh yang saya berikan awal tadi.

Adakah syarat menyertai PAS adalah salah satu rukun Islam atau rukun Iman? Saya begitu sedih kerana hadis & Al-Quran digunakan secara semberono untuk kepuasan politik masing-masing yang mana kita dapat lihat contoh paling ketara Islam di PAkistan & Afghanistan. Bagaimana pembawaan Islam disana? Bagaimana pula Islam di Indonesia? PAS sepatutnya bertaubat dengan apa yang telah mereka lakukan. Kembalilah...

PKR?

Parti ini tidak lebih dari sebuah parti yang memperjuangkan agenda sempit pemimpin yang dimonopoli oleh sanak-saudara & anak beranak, sama seperti DAP. Nepotisme & Kronisme. Parti ini memang saya tidak pernah suka sejak awal zaman reformasi 1998 kerana sifat extrim & penyokongnya apabila berdemo seolah-olah hilang akal dan dirasuk jin & syaitan memusnahkan harta benda awam disekitar Kuala Lumpur dan tak ubah seperti hooligan bola sepak England. Parti ini mempunyai ahli dari kalangan mereka yang rendah akhlaknya & akalnya.

Kenapa UMNO?

Saya faham amalan rasuah telah menjadi kudis & kusta dalam UMNO cuma perlu sedikit ruang untuk berubah. Tindakan presiden DS Najib Tun Razak yang bersungguh-sungguh mahu menghapuskan amalan rasuah di Malaysia sehingga SPRM digelar pembunuh dan berjaya mengheret mereka yang terlibat dalam kes berprofil besar seperti PKFZ menampakkan beliau bersungguh-sungguh berusaha menghapuskan amalan rasuah.

Sifat UMNO yang bersederhana dalam segala hal & tidak cepat melatah dalam sebarang tindakan adalah satu bonus. Yang penting tindakan melampaui batas ala hooligan tidak dipraktikkan. Memalukan.

Tak larat saya mahu menulis... nantilah saya sambung di bahagian yang lain.

1 comment: