Thursday, March 17, 2011

My Movie Review

Melayan Movie...

Last week sempat jugak aku melayan 3 movie kat cinema. Rata-rata boleh la dikatakan tak la terlalu menghampakan. Jom usha review kat bawah ni...

1. Hikayat Merong Mahawangsa


Filem KRU memang tidak terlalu mengecewakan cuma sedikit kecewa dengan pemilihan pelakon yang mana rata-rata hulubalang yang dipilih 'keding-keding' belaka dan aksi pertarungan agak kelakar kalau nk dibandingkan dengan filem-filem Hollywood seperti 300 atau lain-lain filem aksi epik.

Koreografi babak aksi perlu ditingkatkan dan skrip tidak terlalu skema dan ada jugak skrip2 kelakar yg dijelmakan. Tak rugi untuk santai dgn keluarga menonton filem ini... Support local film industry.

Skrip: ***
Aksi : ***
Penceritaan : ***
Overall : ***



2. Kembar Siang

Filem ringan yang menceritakan pasangan kembar Awi & Awal dalam meneruskan kehidupan selepas kematian bapak depa. Aksi komedi ringan pada saya hanya pada standard 'drama' dan kalau ada adik-adik atau kepala tengah serabut boleh la layan filem ni sebab tak perlu banyak fikir kerana penceritaan adalah 'straight story telling'. Tapi secara keseluruhan tidak terlalu mengecewakan dan kelakar.

Comedy Stereotype
Overal: **1/2






3. Big Mommas': Like Father Like Son


Filem komedi yang menceritakan anak beranak yang terpaksa menyamar menjadi wanita untuk menyelamatkan diri dari kumpulan penjahat & dalam masa yg sama ingin menyiasat & mencari 'flash drive' yang mempunyai maklumat sulit kegiatan kumpulan tersebut yang dipercayai disembunyikan di dalam bangunan sekolah perempuan.

Gadingan hebat Martin Lawrence & Brandon T. Jackson membuatkan aku tak kering gusi. Penceritaan yang 'straight' dan penonton hanya perlu letak kepala & enjoy dan bagi yang baru menonton filem ini, selepas ni boleh la cari DVD atau download filem-filem Big Momma's yang terdahulu.

Overall: ***1/2


2 comments:

  1. Tak best keR? Rating ko bagi macam mematikan hasrat aku nak menonton...

    ReplyDelete
  2. Aku ni selective skit dalam bab-ba filem ni, tapi kalau kepala tengah tak brapa ok atau nk tengok semata-mata nk santai mmg ok. Tapi kalau nk harapkan setanding dengan filem Adnan Sempit ke atau Euro Trip, mmg ssh la. Tp kalau stakat nk bawak bini p happy2 mmg tak salah pilih movie.

    Kalau bg yg suka filem action & berat, mmg x sesuai la Bro...

    ReplyDelete