Emas... galian amat berharga dan nilainya tidak boleh dimaipulasi seperti wang kertas. Nabi SAW telah menegaskan kepentingan matawang dalam bentuk Dinar & Dirham yang mana secara similinya, nilai kepada matawang ini walaupun sesudah 1400 tahun tetap sama. Baginda menegaskan kepentingan berpegang kepada matawang yang bersandarkan emas dan perak dan terbukti harga emas sangat kukuh untuk dimanipulasi tidak seperti wang kertas dan kita dapat lihat penangan George Soros pada 1998 yang menyebabkan matawang serantau jatuh merudum & secara relatifnya jika harga sesuatu barangan adalah 1 Dinar pada 1400 dahulu, sekarang pun sama jugak 1 Dinar.
Perlaburan Emas Domestik
Di Malaysia terdapat 2 bank yang saya tahu menawarkan khidmat perlaburan emas dalam bentuk jongkong & syiling iaitu Maybank (maybank2u.com - investment - gold) dan public bank berhad (http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/investments/gold.html). Ada syarikat persendirian yang menawarkan khidmat jualan unit-unit perlaburan emas & perak berlesen seperti Public Gold ( www.publicgold.com.my) dan lain-lain. Ramai jugak dikalangan kawan-kawan saya yang menjadi agen perlaburan emas. Nak? boleh bagitau saya, nanti saya bagi no. telefon depa.
Apa yang perlu kita ambil kira sebelum melabur?
- Adakah agen perlaburan tu berdaftar@berlesen atau tidak. Kalau bank, sudah semestinya kalau yang lain? Kena la buat research sikit.
- Harga Belian & Jualan. Berapa depa jual kat kita?(Harga Jualan) & berapa pulak depa beli dari kita kalau kita nak jual emas kita (Harga Belian)
- Berapa pulak margin antara harga belian dan jualan agen tersebut? (Harga Jualan - Harga Belian)
- Adakah sekarang masa yang sesuai untuk kita beli? Untuk pengetahuan anda, perlaburan emas bukan untuk jangka masa pendek, tapi untuk jangka masa panjang. Kalau untuk keuntungan segera, mungkin sukar untuk dijangka tapi kalau jangka masa panjang (>3 tahun)... anytime boleh beli.
Setakat ni apa yang aku boleh cakap perlaburan emas tidak mengecewakan. Pengalaman aku selama 2 bulan ni menunjukkan peningkatan keuntungan sebanyak 5.527%. Sapa nak bagi beb?
Tapi satu saja, bila dah samapi haul, jangan lupa keluaq Zakat! Moga perlaburan & rezeki kita diberkati Allah SWT.
****p/s: Pernyataan diatas semata-mata untuk berkongsi. Tak ada niat nk buat promo. Tapi kalau nk sponsor pn aku alu2kan....
Gold Investment... Bubuh saja berapa ada.. pasti tak rugi
ReplyDeleteany investment got pro and cons.. choose it wisely...
ReplyDeletesbb tu kna buat stuy terutama pd lesen & margin. Tp emas mmg x mengecewakan, bro..
ReplyDeletesebagai permulaan.. korang boleh bukak A/C Simpanan Emas CiMB @ CiMB Gold Deposit... heheh...!!
ReplyDeleteCimb ada jugak ke yg mcm acc gold tu???
ReplyDeleteada... mesti lah ada...
ReplyDeletex pernah tau pn yg cimb pn ada buat... nnt la semak cimbclicks.com tu. bila bnyk persaingan harga pn kompetitif.
ReplyDelete