Monday, March 28, 2011

Ruqyah Syari'iah: Cuba sehabis daya, Tawakkal sehabisnya...

Berhenti Mengharap...
Rasanya dah hilang nafsu untuk terus berharap, berharap akan sesuatu yang tak pasti. Sudah letih sangat berusaha dan bekerja tapi hasilnya tak seperti diimpikan. Ada saja sangkut disana-sini. Bak kata Azah mungkin ada hikmahnya... Aku hampir-hampir putus harapan dan syaitan tu sudah berjaya menggoda aku untuk merasa was-was dan berburuk sangka kepada Allah SWT. Syaitan berjaya menanam sedikit rasa rasa letih & penat berdoa, "Doa pun buat apa, Allah tak akan perkenan doa tu. Berapa lama dah kau berdoa, ada Dia dengar? Tak kan?" itu la yg selalu terdetik dalam hati setiap masa aku menadah tangan ke langit dan setiap kali aku tunduk bersujud semasa solat.

Melawan...
Aku melawan! Cepat-cepat aku beristighfar dan meminta perlindungan daripada Allah dari rasa was-was dan memohon ampun dari Allah. Moga Allah teguhkan iman aku supaya tak tergolong dari orang-orang yang Dia murkai. Aku mula menyelidik apakah penyakit aku yang sebenar yang buatkan urusan dunia aku tertangguh sebegini rupa.

Dari kaji selidik kemungkinan aku mengalami gangguan jin dari ciri-ciri perlakuan aku, emosi, ibadah dan lain-lain. Aku pun cuba kaedah perubatan Islam. Selesai muat turun mp3 ruqyah aku mula atur strategi. Aku Isi air dalam tong-tong air dan aku buka mp3 ruqyah dan biarkan botol-botol tersebut terbuka. Aku ikut bacaan Al-Quran yang aku siap tanda dalam Al-Quran slow-slow mengikut mp3 tersebut. Boleh katakan ada part-part aku rasa meremang, sakit, berdenyut dan selalu sendawa. 1 jam 20 minit. Selesai bacaan ruqyah tersebut, aku ambil sebahagian air tersebut untuk dibuat mandi dan sebahagian lain untuk dibuat minum dan kegunaan harian. Sebelum tidur, aku sempat menghabis bacaan Al-Ma'thurat Sughra dan sembat bersembang-sembang skejap dengan Cik Azah ku.

Bangun pagi:
Terasa amat mudah untuk bangun subuh. Subuh tidak lagi subuh dinosaur, badan pun rasa lebih ringan. Terdapat banyak perubahan selepas alamalkan terapi ruqyah syari'ah. Kena ulang selalu.

moga Allah lindungi & perlihara iman aku dari tergelincir dan menimbulkan sifat buruk sangka kepada Alllah SWT. Selawat & salam kpd Baginda SAW & keluarga serta sahabat. Semoga Allah mempermudahkan urusan rezeki & jodohku. Amin ya robbal 'alamin...

p/s: email aku kalau nak salinan terapi ruqyah....

No comments:

Post a Comment