Wednesday, April 27, 2011

Sakitnya hati bila....

Hospital
Semalam aku ke Hospital Selayang selepas seisi temuduga di Kepong untuk pemeriksaan sendi lutut yang makin lama makin rasa tak selesa. Pemeriksaan X-Ray menunjukkan tak ada apa-apa cuma mungkin selepas ni ada beberapa temu janji lagi mungkin untuk fisio. Bagi aku mungkin taklah seserius mana tapi aku didesak oleh Dr. Wan Ahmad Hafiz untuk menjalankan rawatan lanjut.

Balik & Migrain
Aku terus ke kilang untuk menyertai team Biomass untuk seisi pengenalan CDM-UNFCCC. Sepanjang proses memang memenatkan dan hujan lebat di sebelah petang. Migrain tiba-tiba menyerang. Sakit kepala bukan kepalang... aku cuma mengharapkan yang jam cepat-cepat tunjuk pada jam 5.30petang. Bila sampai saja di rumah terus ke atas dan tidur. Sebelum tu sempat juga meraba-raba apa yang ada dalam first aid kit di pejabat, nasib baik ada 2 biji panadol... walaupun tak sekuat mana tapi bolehlah sedikit membantu meredakan sakit.

Terjaga...
Bila kepala dah hilang sakit, baru la boleh bangun tp pada masa tu jam dah tunjuk hampir jam 11.00 malam. Tapi sebenarnya aku terkeju dek panggilan dr Azah. Ntah apa yang dia nak mungkin nak ajak YM kot. Tp bila YM saja lain pulak jadinya.. tu yang kadang-kadang rasa malas teramat nak YM sbb teknologi memang boleh buat gaduh. Hahahahahahaha... macam haram!

Lantak
Lantak la apa jadi pun, malas nak bebankan dengan apa yang aku dah sedia tanggung... tungg saja la hari lain... hari ni aku nak tengok Manchester United Vs Schalke 04 dalam penentuan tempat ke final liga juara-juara Eropah di Wembly nanti.

Friday, April 22, 2011

Pasaran Kerjaya & Keperluan Memenuhi Kehendak Posisis Kerjaya

Assalamu'alaikum wbt.

Saya menulis atas kapasiti saya sebagai (bekas) pelajar, pencari kerja & jurutera elektrikal. Penulisan ini adalah mungkin sebagai satu guideline atau panduan kepada bakal-bakal graduan dan juga pengurusan fakulti-fakulti Universiti.

I - Kesilapan universiti tempatan dalam perencanaan silibus pelajar

Saya merupakan bekas graduan dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada 2003-2007 dan memegang jawatan Jurutera Elektrikal di Heveafil Sdn. Bhd. sebuah syarikat pembuatan produk benang getah yang dimiliki oleh konglomerat nasional, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan KL-Kepong Berhad.

Silibus & Relevennya Dengan Pasaran Kerjaya

Saya akui sepanjang saya menjawat tugas saya sebagai Jurutera M&E dan Elektrikal tidak semua apa yang saya pelajari diaplikasi mungkin hanya sebahagian dipelajari hanya secara basis. Basis itulah yang sebenarnya yang amat saya tumpukan sepanjang kerjaya saya.

Computer Aided Design/Rekabentuk Berbantu Komputer

Computer Aided Design/Rekabentuk Berbantu Komputer sangat penting sebagai media memudahcara kita terutama dalam menjalankan kajian tanpa perlu pembinaan prototaip dan analisis hanyalah berdasarkan model matematik (Math. Modelling) dan ia hanya berkisar tentang program & input dan cara kita memanipulasi program tersebut. Sepanjang saya belajar, saya mempelajari beberapa jenis CAD seperti MathCad & Maple(model matematik), OrCad & OrCad simulink (Modeling litar elektronik).

Ternyata sekali CAD tersebut tidak membantu saya sepanjang karier saya tetapi saya bersyukur sekurang-kurangnya saya mempelajari sesuatu. Tetapi apa yang dikesalkan adalah CAD seperti AutoCad hanya diajar kepada pelajar kejuruteraan mekanikal tetapi pasaran kerjaya sekarang bagi posisi Jurutera Elektrik memerlukan seseorang jurutera tersebut mengusai kemahiran AutoCad & AutoCad 3D.

PLC - Programmable Logic Control

Begitu juga dengan kemahiran automasi seperti kawalan berprogram logik/programmable logic control (PLC) langsung tidak diajar sedangkan ia seperti nyawa kepada setiap jurutera elektrik, pemacu & kawalan. Alangkah ruginya saya dan kawan-kawan kerana menghabiskan waktu & masa kepada sesuat yang tidak beberpa diutamakan oleh keperluan pasaran kerja pada masa kini. Atas inisiatif sendiri, saya belajar melalui internet dan prkatikal dan bercadang menghadiri kelas khas berbayar (RM2,200.00) selama 2 hari.

Occupational Safety & Health Administration -OSHA

Alam pekerjaan amat mengutamakan keselamatan pekerjaan & premis. Universiti tidak mengeluarkan sijil khas bagi mereka yang berjaya lulus cemerlang sebagai rujukan ketika memohon pekerjaan kelak. Sepatutnya selepas mempelajari OSHA secara formal (2/3 jam kredit) pelajar yang lulus cemerlang/pernah mengambil mata pelajaran tersebut patut diberi token sebagai extra point untuk diambil bekerja. Tips kepada pelajar, anda harus menggesa pensyarah atau fakulti anda mengeluarkan sijil khas menduduki OSHA supaya ia akan menjadi token kepada anda suatu hari nanti.

Bahasa Asing/Foreign Language

Saya amat pasti bahawa anda pernah/akan mengambil bahasa asing. Sedikit silap tetapi tak mengapa, saya mengambil Spanish sebagai bahasa ke-3 saya. Keperluan industri semasa memerlukan anda berkemahiran & mengusai berbahasa Inggeris dengan amat baik. Disamping itu terdapat syarikat-syarikat tempatan dan luar memerlukan/mewajibkan kemahiran berbahasa untuk bahasa ke-3 seperti bahasa Jepun dan mandrin. Saya bukan seorang yang racist tetapi perlu untuk saya katakan kepada anda bahawa kebanyakkan syarikat pemilikan Cina tempatan lebih gemar mengambil pekerja sebangsa mereka mungkin atas tujuan kemudahan komunikasi atau untuk menutup peluang kerjaya bansa lain ke dalam organisasi mereka. Sesetengah dari mereka secara terangan mengiklankan ayat seperti "Prefer Chinese Male age under 35" atau "prefer Mandarin speaking engineer". Anda harus menanganinya dengan cara anda. Saya sudah beritahu, anda fikirkan.

II - Selalu semak keperluan industri semasa

Saya selalu menyemak keperluan industri semasa, sekarang, bukan ketika saya seorang pelajar. Sedikit malang. Bagi pelajar tahun akhir, bermula semester, anda sepatutnya telah memulakan usaha mencari pekerjaan dan dalam masa yang sama anda perlulah memperbaiki/mempelajari kemahiran asas keperluan untuk memastikan anda tidak lemas dalam alam ekerjaan kelak. Pastikan anda benar-benar menguasai kemahiran tersebut sebelum melangkah kaki ke alam pekerjaan.

Saya senaraikan beberapa asas keperluan setakat hari ini berdasarkan keperluan industri semasa:

Kemahiran Am (general skill)

  1. Communication skill baik dr segi verbal atau non-verbal (body language). PR (public Relation) kena bagus.
  2. Kebolehan bekerja secara individu atau berkumpulan
  3. Mempunyai kebolehan menulis technical report yang baik.
  4. Analytic skill - kemahiran menganalisis sesuatu perkara/masalah
  5. Menguasai kesemua tools dalam Microsoft Office dengan baik terutamanya MS Excell (bukan setakat pandai buat jadual & graf, malah mampu buat program mudah/simple programming dengan baik).
  6. Kuat mental untuk bekerja dibawah tekanan yang tinggi.

Kejuruteraan:

  1. AutoCad,
  2. Kemahiran membaca pelan dan skematik termasuk lukisan teknikal (technical drawing)
  3. cMMS - Computerized Maintenance Management System
  4. Pengiraan teori asas tertentu seperti bebanan, arus, voltan, kuasa, faktor kuasa (power factor) dan lain-lain teori asas kejuruteraan yang anda duduki/pelajari.
  5. Mengetahui alatan/teknologi terkini & semasa seperti UPS (Uninterpretable Power System), Biomass, Renewable Energy Technology,
  6. OSHA
  7. Akta-akta seperti Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, Akta Kilang & Jentera 1967 dan lain-lain.
Lain-lain/Pengrusan Teknologi/HR:
  1. ISO & kebolehan menjalankan audit ISO
  2. SPSS - statisic computer tools
  3. AutoCAD
  4. Technical drawing
  5. Akta 514: OSHA 1994
  6. Akta Pekerjaan 1955 - kalau orang Union/Kesatuan Sekerja panggil buku biru
  7. Internal Audit
  8. Domestic Inquiry dan lain-lain
III - CV/Resume

pastikan anda mempunya resume atau CV dan mestilah dalam gaya penulisan yang kreatif dan mudah difahami. Elakkan menulis dalam bentuk ayat dan banyakkan menulis dalam bentuk butir ringkas yang jelas & mudah difahami. Tunjukkan kekuatan diri anda seperti kemahiran yang anda perolehi, keunikan kemahiran, kebolehupayaan anda dalam sesuatu bidang dan jangan segan untuk menulis kejayaan akademik anda. Expected salary mestilah berpada dengan pengalaman dan kebolehan anda dan anda boleh merujuk kepada penulisan blog saya sebelum ini tentang standard gaji semasa di Malaysia mengikut pengalaman dan jenis pekerjaan (http://zzemy.blogspot.com/2011/04/senarai-gaji-standard.html).

IV - Temuduga/Interview

Pastikan anda hadir lebih awal. Berpakaian sopan, tidak semestinya anda seksi seperti Zila Bakarin anda akan diambil bekerja. Bercakap dengan nada yang jelas dan bercakap dengan penuh keyakinan. Jangan malukan diri anda dengan perangai yang ntah apa-apa. Jangan tunjuk terlebih pandai atau memandai-mandai. Jawab apa yang ditanya dan cuba perolehi komunikasi dua hala yang optima dan jadikan suasana temuduga seperti satu seisi mesra (bukan terlebih mesra).

Jangan lakukan perkara kebiasaan anda seperti garu kepala yang tidak gatal, bermain kuku, menggosok hidung dan gedik-gedik sebab perkara tersebut boleh menjejeaskan 1st impression bakal majikan anda. PALING PENTING: sila selidik latarbelakang bakal majikan anda melalui web site rasmi tentang pemilikan syarikat, carta organisasi, aktiviti organisasi, jenis industri, proses industri dan lain-lain kerana ada sesetengah syarikat suka bertanyakan pengetahuan anda tentang organisasi mereka. Bukan apa takut anda salah pilih majikan takut-takut nanti jadi keldai dadah atau pun buruh paksa selain mengenali lebih dekat bakal majikan anda. Tak kenal maka tak cinta (saya tak suruh awak mengorat majikan awak ya! sila baca semula etika professional).

V - Penutup
saya sekali lagi ingin simpulkan bahawa
  1. walaupun fakulti anda tidak lengkapkan anda sepenuhnya dengan kehendak pasaran kerja, adalah tanggungjawab anda untuk melengkapkannya dengan usaha sendiri untuk memiliki kemahiran lain (added skills).
  2. Paksa pensyarah/fakulti anda keluarkan sijil OSHA atau sijil ISO selepas anda menduduki matapelajaran tersebut kerana ia akan menjadi extra merit atau token kepada anda apabila memohon pekerjaan.
  3. Riakkan diri anda walaupun anda tak sehebat mana dalam resume anda dan pastikan ia ringkas, padat & senang difahami.
  4. Jalani temuduga dengan berhemah. Jangan menggedik, terlebih ramah, terlalu pasif dan ikuti protokol dengan baik serta selidik latarbelakang bakal majikan anda.
  5. Sebarang pendapat lain amat saya alukan demi kebaikan bersama.
Sekian, terima kasih. Selamat maju jaya!
Wassalam.
Zaimi_Saad



Tuesday, April 19, 2011

Siapa Zaimi Saad?: Analisis kajian Vs. realiti diri

Melangut di depan PC

Sedang aku YM! & menjenguk jauh ke dunia siber & VR (virtal reality), aku sempat menjenguk ke website yang menyenaraikan hasil dari kajian tentang kognitif dan peribadi diri. Sengaja aku masukkan butir diri dan menghantar ke alamat tersebut. Capaian selepas itu merujuk kepada hasil analisis tentang diri aku... Bersama itu aku juga ingin tahu seberapa jauh aku mengenali diri aku. Sabda Rasulullah SAW, jika kita mengenal diri maka kita akan mengenal pencipta. Jom kita lihat hasil analisis (bukan tilikan ya).


"MOHAMMAD ZAIMI BIN SAAD,
Anda sememangnya HEBAT dan berhak menjadi HEBAT. Apa yang anda hanya perlu lakukan ialah kenali diri anda, gilap dan serlahkan potensi yang telah anda kenalpasti serta perbaiki perkara-perkara negatif yang terdapat di dalam diri anda

Bersama dengan ilmu serta tunjuk ajar daripada mereka yang telah berjaya, buat plan-tindakan dan bersungguh-sungguhlah melaksanakan plan-tindakan anda itu. InsyaAllah, berkat usaha anda yang berterusan yang tidak mengenali istilah putus asa serta doa yang tidak putus-putus kepadaNYA, anda akan berjaya memperolehi apa yang anda angani dan citakan.

Sedikit mutiara kata untuk dikongsi sebagai perangsang kepada anda yang HEBAT ini:

"No matter how bad it is and how bad it gets, you're going to make it."

"Winners never quit, quitters never win."

Nombor Peribadi : 4 -

Aku tak pasti sama ada aku minat No.4 atau tak yang pasti aku suka juga kerana atas sebab tertentu

Elemen :Kayu (Aku tak pasti apa maksud "KAYU" tersebut.)

Ciri Utama :Rancang (dan memang aku suka merancang)

Sinopsis :Disukai kerana kemahiran dan perancangan, namun kemahiran perhubungan sempit. (aku akui punya perancangan yang baik dan kemahiran yang agak baik tetapi dalam bab implimentasi agak lemah kerana kadang-kdang macam hangat-hangat tahi ayam dan kadang-kala atas sebab sekeliling atau individu yang buat kerja aku sangkut. Dalam bab kemahiran perhubungan aku akui PR aku dengan orang sekeliling agak baik tetapi dengan orang yang 'special' agak tak pandai sampai kadang-kala dia agak merajuk dengan sikap aku yang lebih utamakan orang lain. Azah kata aku ni terlalu baik dengan orang lain... Wallahu'alam)

Tafsiran Umum Peribadi :

Kemahiran tinggi, bijak, tidak mudah putus asa, sukar simpan wang, perhubungan mudah putus. - (bab perhubungan mudah putus aku tak berapa setju sebab sejarah percintaan aku menunjukkan aku sangat-sangat mempunyai usia percintaan yang sangat panjang dan aku harap bila berkahwin nanti berpanjangan sampai ke sana..)

Warna Yang Sesuai :Hijau. (saya suka hijau tapi saya tak suka hijau tompok putih)

Status Body Mass Index (BMI) :

24 => Normal (mempunyai berat badan yang ideal). Kekalkan gaya hidup yang sihat melalui pemakanan yang sihat dan seimbang serta bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Masalah Kesihatan Berkaitan :

Struktur tulang, kawasan hati, mata, masalah tendon, kekejangan otot (terutama sekitar bahu), masalah kulit. (kekejangan otot - selalu berlaku di bahagian kaki selalunya ketika bersukan tanpa warm-up yang sempurna atau ketika tidur)


PERINCIAN ANALISIS KERJAYA
(KERJAYA SESUAI)
Perabut, kertas, pendidikan, perpustakaan, pertukangan, pakaian, kebudayaan manusia, buku, studio rekaan, fabrik, penanaman, perladangan, hortikultur, perkebunan, perhutanan, kilang papan, perubatan, hospital, keagamaan, pelukis, doktor, ahli farmasi, guru, profesor, penerbit, pegawai perhubungan, pentadbir pejabat.

Selalu keluar dan tiada di rumah/pejabat. Suka berniaga dan mudah untung. Terlibat dalam aliran wang, mudah terlibat dalam rasuah. Memiliki gerak hati, ilham, firasat dan muslihat.Berakademik, kurus dan citarasa makanan yang tinggi. Banyak idea, tercari-cari kekayaan/kejayaan, mudah bosan dan terlalu suka berangan. Bergaul dengan orang kenamaan/VIP, mudah mendapat kepercayaan orang atasan. Duit banyak dihabiskan untuk belanja orang atasan/kenamaan. Mudah disabotaj dan mensabotaj.

(KERJAYA TERBAIK)
Hartanah, pusat kewangan, pembuat pasu, kedai antik, pakar runding, perakaunan, pengkebumian, batu permata, marmar, kontraktor, perlombongan, kebajikan, pembinaan, broker saham dan sekuriti, arkitek, pekebun, peladang.

Analisis diri Vs Reality diri

Itu adalah sebahagian daripada analisis yang aku dapat. Setakat aku mengenal diri aku, aku akui 80% adalah benar dan hampir sepadan dengan aku... Aku akan terus berusaha untuk menjadi manusia yang terhebat seperti yang dikatakan pada awalan analisis tadi. AKu Memang Hebat!

Saturday, April 16, 2011

Kerjaya, masa depan & hujung minggu..

Malaysia Career & Training Fair MCTF 2011@Midvalley Mega Mall, Kuala Lumpur.

Aku terpanggil hendak ke sana bila menerima email dari jobstreet.com tentang pameran kerjaya, latihan & pendidikan yang diadakan pada 15-17 April 2010 dan seraya aku menerima pelawaan Cik Azah untuk berjumpa di sana lantas terus bersetju tanpa banyak soal.

KL banjir kilat dan beberapa batang jalan sesak dan hapir tak bergerak dan hanya selepas pukul 1 petang baru aku menapak di pakir Mid Valley dan terus mengisi perut bersama Azah. Rindu menebal jangan dikata. Walaupun begitu sebelum itu si dia telah pun menghantar CV aku terlebih dahulu sebelum aku sampai.

Selepas makan tengah hari kami bersama seiringan masuk ke pameran. Tidak perlu daftar kerana kami sudah berdaftar secara online sebelum itu. Booth ada lebih kurang 100 buah dan menjarah satu per satu booth dan ringan tangan untuk menyerah CV kami kepada booth-booth tersebut. Sambil menyelam minum air, sambil mencari peluang pekerjaan baru sempat juga berdating walaupun si dia akan pulang ke UTM secepat mungkin kerana datang bersama 3 lagi rakan.

Menukar kerjaya...

Keinganan menukar kerjaya tiba-tiba aku rasa kerana mungkin aku dijadikan dengan satu sifat cepat bosan denagn sesuatu (bukan dengan pasangan) terutama bila ia menjadi rutin dan seolah-oalh hari itu berulang dan berulang seperti lakonan semula sehingga aku terlupa tarikh & hari kerana terlalu rutin dan bosan. Alasan lainnya kerana pendapatan yang aku peroleh sekarang kurang memberangsangkan sementelah aku cadang-cadangnya mahu mengakhiri secepat mungkin zaman bujang aku dan memandangkan si dia pun akan tamat belajar pada awal Mei maka aku harus secara drastik & aktif perlu mencari ruang dan peluang baru yang lebih baik untuk masa depan kami. Pada masa sekarang memang sebenarnya kami sudah berbincang tentang masa depan kerjaya masing-masing.

Sayang...

Terus terang aku katakan yang aku sebenarnya sangat sayang pada kerjaya aku sekarang tetapi aku punya wadges rate yang bagi aku agak keterlaluan kurangnya dengan skop sekarang. Aku punya tanggungjawab atas 3 tugas jurutera yang berbeza iaitu sebagai jurutera elektrikal, jurutera instrumentasi & jurutera HVAC tambahan lagi aku punya tugas di plant Biomass & perlu menjaga bengkel mobile (untuk pembaikan forklift & reachtruck). Sudah ada 4 tugas jurutera & in-charge disitu tetapi nilai gaji amatlah menyedihkan...

Paling menyedihkan sudah lebih 4 tahun tangga gaji tidak dikaji semula majikan sedangkan harga keperluan semakin hari semakin meningkat. Pihak majikan mungkin tidak beberapa tertekan kerana Pengarah Eksekutif dibayar oleh PNB manakala barisan pengrus sudah tentu tangga gaji tinggi dan mampu punya kereta MPV mewah.

Agak malang bagi peringkat eksekutif & ke bawah kerana tangga gaji diseragam & bukan pula di nilai atas dasar contribution & task-weight. Maksudnya di sini, tidak kira berapa tegar anda bekerja ata malas anda bekerja hasilnya tetap sama. Kerna perihal itulah banyak membuatkan aku jadi lebih kecil hati & hilang semangat & kekuatan diri kerana kita dinilai secara kolektif bukan pada kebolehan individu...

Letih...

Setelah sehari suntuk menjarah peluang kerjaya, maka malam ini aku mahu menonton perlawanan separuh akhir piala FA Inggeris antara Manchester United & Manchester City.
Jumpa lagi di penulisan akan datang..... terima kasih & doakan yang terbaik buat aku & si dia...

Thursday, April 14, 2011

Senarai Gaji Standard



















Pautan:(klik kanan & buka dalam Tab baru) --> Senarai gaji standard Malaysia bagi tahun 2010/2011

Di atas adalah pautan dokumentasi oleh Kelly Research Service mengenai kadar minimum & maksimum gaji di Malaysia. Seperti yang saya cuba suarakan adalah tidak wujud sama sekali taraf sara diri walau di mana saja kerana kita perlu ingat setiap harga barangan keperluan dikawal dan distandard di seluruh negara. Walaupun sebagai contoh negeri Perlis adalah antara pengeluar beras dan gula negara tetapi harga runcit adalah tetap sama walau dimana.

Sama-sama kita check gaji kita ya... enjoy! Hahahahaha

Hmmm.....

Segalanya...
Aku pun tak tau macam mana nak mulakan tapi perasaan aku bercampur-campur pada masa ni. Dengan dihimpit 1001 dugaan yang Allah beri aku cuma mampu doakan yang terbaik untuk aku hadapi semua ini. Segalanya aku redha dengan ketentuan ini tapi akau tak tau sampai bila harus aku sabar. Aku dah cuba sedaya upaya aku untuk cuba pujuk hati supaya lebih bersabar & tekun berusaha
tapi kadang-kala patah hati mematahkan semangat aku untuk mengatur langkah aku. Aku cuma mampu berdoa & bertawakkal kepada Allah SWT.

April & Perancangan...
Aku baru terima panggilan untuk temuduga di sebuah syarikat pembuatan besi bergalvani atas kapasiti jurutera elektrik. Bukan aku tidak suka dengan tugas aku yang sekarang. Aku pasti aku akan merindui suasana sekarang walau dimana Allah letakkan rezeki aku selepas ini. Disini bermula stu proses perkembangan aku dalam pembangunan diri dan professionalism aku dan membangunkan pengetahuan aku dalam bidang kejuruteraan cuma sedikit terkilan dengan apa yang aku dapat. Aku mampu beri yang terbaik kepada organisasi tapi aku rasakan apa yang aku peroleh tidak memadai. Bukan tidak bersyukur tetapi tidak salah meminta lebih atas dasar apa yang kita kerjakan. Aku faham situasi organisasi tetapi... Perancangan April: aku mula menghantar resume ke tempat lain walaupun aku mampu peroleh pekerjaan yang lebih baik dengan mudah melalui perseorangan tapi aku tak mahu terlalu mengharap budi orang takut tergadai sesuatu satu hari nanti.

Kecewa...
Aku diberi tahu bahawa dengan apa yang diberikan ia setimpal dengan kos sara diri di daerah Hulu Selangor ini... Jika logik akal fikiran, dimana saja dibumi Malaysia, kos tetap sama. Petrol RON95 walau dimana saja di tanah Malaya ini tetap sama pada RM1.90 begitu juga dengan harga rncitan yang lain. Tidak sepatutnya mereka timbulkan tentang kos sara diri yang berbeza-beza kerana harga di mana-mana tetap sama. Bila aku selidik min gaji pada aras pengalaman, ternyata sekali amat berbeza sama sekali.

Tangga gaji...
saya akan muat turun jika boleh senarai tangga gaji statistik pada 2011 pada post saya akn datang untuk tatapan anda... Insya Allah

Sunday, April 10, 2011

Weekend, Liga & Maintenance

Weekend (09/04/2011)...
Setelah melalui minggu-minggu tugas yang membosankan aku akhirnya telahpun mengakhiri minggu tersebut dengan weekend yang bagi aku agak terisi. Punya ruang dan masa untuk menonton wayang di pawagam. Bila ada makhluk yang satu kepala dan satu hobi memang la best, kaki merayap, kaki layan movie (tak kesah la even terpaksa layan filem Melayu asalkan dibelanja) dan kaki melantak (jalan-jalan cari makan). Segala-galanya best meluangkan masa bersama anda! terima kasih daun keladi. Sorry Cik Azah, mmg x boleh tahan la nk p i-City. Cik Azah lambat sangat nak balik, so I p dlu la ye...


Weekend ni aku melayan filem Ghost must be crazy (comedy/horror) satu filem Mandrin dari Singapura yang mempunyai 2 cerita dalam satu filem ala-ala "Sini Ada Hantu". Cerita pertama mengisahkan tentang 2 askar Singapura yang nak juga cari alasan tak nak buat latihan medan. Depa cari macam-macam alasan & cara supaya boleh escape latihan. Opening cerita memang cantik & lawak sampai aku terbahak-bahak.
Cerita kedua pulak "Ghost Bride" tentang seorang mamat yang ditinggalkan kekasih yg berbadan besar sebab dia mmg jenis pokai & dinasihatkan oleh seorang stranger supaya pinjam luck orang mati. Memang strike dia punya nombor tapi setiap permintaan mesti ada balasan... tapi tengok saja la cerita ni memang tak rugi la... komedi ringan dan mampu merubat kekusutan kepada. Aku bagi 3* dari 5*.

Cerita kedua yang aku tonton ialah "Dilarang Masuk". Cerita 4 orang sahabat yang mencari jalan keluar dari htan dan hinggap di sebuah rumah yang didapati mempunyai 2 mayat, sepucuk pistol & wang RM2.8juta. Ada cerita disebalik apa yang ada dirumah tu dengan salah sorang dari depa. Penceritaan tak berapa kuat dan sebenarnya agak ringan pembawaannya. Tak kena langsung dengan tag line "tiada jalan keluar" tapi last sekali ok je ending. Aku ingat macam Hotel California tapi memang cerita tak serupa tag line da... Tapi ok la kalau nak layan jugak tapi untk keseluruhan aku bagi 2* dari 5*.

Liga Bolasepak Heveafil 9-Sebelah.
Minggu ni dah mula liga bola sepak. Aku dah 2 tahun tak main bola padang mahupun futsal sebab atas faktor kecederaan lampau. Minggu ni liga ni akan menguji fitness aku atas padang bola yang boleh aku andaikan padang tu seolah-olah rough field yang bila-bila masa boleh menyebabkan kecedaraan tahap mengeliat kalau kena urut. Tak apa, main saja la, kemenangan bkan tujuan utama tapi saja nak berseronok dikala ada kesempatan. Mana latahu tahun depan dah jodoh dengan syarikat lain... Ekekekekekeke.

Maintenance.
Time aku nak buat maintenance ka kelab sukan nak buat aktiviti. Nak p Ipoh la semperna Minggu Amanah Saham, liga bolasepak la... adeh.. esok nak kena usha Biomass plak dan sudah tentu satu hari esok ada kat sana saj dan habis office hour dah kena ada kat padang untuk liga bola sepak. Fuhhh... letih gua beb...

Friday, April 8, 2011

Zaimi & remajanya...

Bermula episod...

Rambut Panjang, Converse & Grunge

Ikon aku Kurt Cobain, Nirvana. Berambut panjang tendang telinga, berbaju t-shirt, berjeans lusuh dan berkasut converse. Kalau nak diikutkan trend sekarang mana mungkin cewek mau sangkut sama aku. Hahaha. Tapi terus terang aku katakan aku selesa dengan imej begitu. Muzik Grunge adalah muzik yang menjadi santapan dan antara band yang banyak mempengarhi muzik aku seperti Nirvana, Pearl Jam, Alice In Chain, Bush dan lain-lain cuma selera muzik agak berubah selepas cinta pertama aku minta supaya aku dengar lagu-lagu oldies & 70's. Pada masa itu kami jamming bersama dan menjadi lagu wajib adalah hey Jude!, helps!, yesterday, from me to you, act naturally dan eight days a week dari The Beatles. Boleh katakan apa-apa saja bersama termasuk menemani aku menyertai gigs dan jamm seassion.

Mana mungkin aku tinggalkan imej rock berat seperti grunge atau punk rock sebab aku membesar dan mula terpengaruh dengan muzik sebegitu sejak dari 1993 (Darjah 3) lagi dan terus terpengaruh sehingga sekarang. Budaya negatif Grunge seperti vandalisme, free speech & lain-lain agak cuba aku kurangkan. Bukan apa, kalau makin lama asyik sama mana pula kematangan tu kn? sementelah pula profession sekarang dipegang oleh kod-kod etika tertentu so jadi la seorang yang matang walaupun masih lagi grunge!.   

Monday, April 4, 2011

..dan apabila Zaimi Saad menulis...

April Fool yang sial?!
April adalah bulan yang amat mendukacitakan aku. Patut la orang putih selalu bagi hal-hal bodoh pada bulan April macam 'April Fool'.

Bukanlah aku terperangkap dengan sejarah sendiri, tetapi aku rasa sesuatu yang telah lepas tak patut diungkit semacam mengorek mayat dari liang lahat yang dapat cuma bau busuk & loya, kenapa tak dibiarkan ia bersemadi dalam lahat itu?



April Penggerak
April 2011 adalah bulan penggerak aku. Aku dah rajin hantar resume, update resume & lain-lain. Bukan aku tak suka dengan kerjaya aku sekarang, tetapi apa yang aku dapat tak setimpal dengan tanggungjawab & risiko yang aku hadapi sementelah berhadapan dengan pelbagai karenah. Terlalu banyak tanggungjawab yang aku tanggung semua terlambak atas bahu. Bukan aku tak mampu pikul tanggungjawab tetapi aku merasakan yang aku seolah-oleh dikerah tenaga tak ubah macam abdi landasan kereta api maut Thailand-Burma zaman 1940'an dulu. Yang paling lawak depa kata gaji aku standard FMM dan paling tinggi dalam Hulu Selangor. Chittt, poorahhhh!

Harapan pada April
Aku amat berharap yang aku mampu mengubah landasan hidup selepas ini. Tak sanggup dah nak redah. Dalam kepala ni terlalu banyak benda yang aku fikirkan. Kadang-kala nak menangis pun ada. Orang lain pakai smart, mengadap PC kerja apa satu pun tak ada datang kerja, balik, cukup bulan dapat gaji. Sama plak tu nilainya dengan gaji aku. Holy shitt!!!

Resume April
Esok nak hantar lagi resume. Aku dah tak sabar nak mula hidup baru. My forecast, by second quarter of 2012, there will be no more youngster. They should change! Thanks to thought me just like a Tadika kid. Got cha!

Sunday, April 3, 2011

Weekend @ Kampung

Hujung minggu

Hujung minggu ni aku menghabiskan masa di kampung. Hari khamis selepas solat maghrib & bacaYasiin, mak aku call suruh aku balik & tolong bawak balik barang adik aku skali. Jumaat aku ambil leave dan mulakan perjalanan ke Seremban 2. Sampai disana, aku & adik aku pun berkemas dan terus bertolak ke Bandar Seri Putra ke rumah kakak aku sebab dia ada kirimkan barang untuk bawak balik ke kampung.

Nak dijadikan cerita akak aku suruh pulak aku kemaskan barang kat belakang kereta sebab dia nk tumpang balik sekali ke kampung. Aku memang nk balik kampung sebab nak tenang kan fikiran yang amat kusut dengan segala hal dunia yang x habis2 melanda. Rimasa sangat aku dibuatnya & sebab tu aku bercadang nak lari buat sementara waktu.

Bertolak dari KL dalam pukul 5 petang dan singgah sat di Taiping lepak dengan Suhailly sebab dia bersungguh-sungguh suruh aku lepak dulu sebab sehala nak balik. Yela Sue, aku lepak makan malam dengan Suhailly then teruskan  perjalanan. Sampai kat kampung pun dalam pukul 1 pagi.

Esoknya...
Aku melepak dengan kawan-kawan naik Pajero jalan-jalan keliling Perlis tengok tempat banjir. Kawasan Bintong paling teruk tapi waktu aku ke sana air dah semakin surut. Lepas penat jalan-jalan, kawan aku bagi cadangan yang paling pelik pernah aku dengar, "Wei, jom kita p Jitra, layan crita CUN, depa kata cerita tu best!". Perghhhh... setahu aku si Harun Salim Bachik ni bukan suka pun melayan cerita Melayu... "Tak po la wei, aku tau bank tenggelam, aku belanja tiket makan sendiri-sendiri". Kami ramai-ramai pun bersetuju...

CuNNNNnn






















Layan la cerita ni memang lawak tak ingat dengan loghat utaranya dan plot cerita yang amat menarik & cara penceritaan yang sederhana & plot yang menarik. Cerita ni sebenarnya tentang Maya yg lari ke kampung pembantunya (si Faezah Elai) di Kedah. Kena pulak terserempak dengan si hero kampung. Berlaku la pelbagai adegan lawak & romantik antara 2 orang depa. So hangpa p la tengok. Aku dapat tiket free tak pa. Hahahahahaha. Lepas layan movie kami pun balik rumah melayan penat. Tp malam tu aku adameeting Pemuda UMNO Cawangan pulak. Aku tercalon untuk perwakilan Pemuda UMNO Cawangan ke Bahagian Kangar... Huh jenuh nk kena berulang p meeting. Kos tu...

Ahad
aku rasa malas nk balik... aku rasa best dok kat kampung. Ramai kawan-kawan, tak jamm, best... macam-macam ada disini. Tak apa aku akan berusaha untuk balik ke sini...