Friday, April 22, 2011

Pasaran Kerjaya & Keperluan Memenuhi Kehendak Posisis Kerjaya

Assalamu'alaikum wbt.

Saya menulis atas kapasiti saya sebagai (bekas) pelajar, pencari kerja & jurutera elektrikal. Penulisan ini adalah mungkin sebagai satu guideline atau panduan kepada bakal-bakal graduan dan juga pengurusan fakulti-fakulti Universiti.

I - Kesilapan universiti tempatan dalam perencanaan silibus pelajar

Saya merupakan bekas graduan dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada 2003-2007 dan memegang jawatan Jurutera Elektrikal di Heveafil Sdn. Bhd. sebuah syarikat pembuatan produk benang getah yang dimiliki oleh konglomerat nasional, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan KL-Kepong Berhad.

Silibus & Relevennya Dengan Pasaran Kerjaya

Saya akui sepanjang saya menjawat tugas saya sebagai Jurutera M&E dan Elektrikal tidak semua apa yang saya pelajari diaplikasi mungkin hanya sebahagian dipelajari hanya secara basis. Basis itulah yang sebenarnya yang amat saya tumpukan sepanjang kerjaya saya.

Computer Aided Design/Rekabentuk Berbantu Komputer

Computer Aided Design/Rekabentuk Berbantu Komputer sangat penting sebagai media memudahcara kita terutama dalam menjalankan kajian tanpa perlu pembinaan prototaip dan analisis hanyalah berdasarkan model matematik (Math. Modelling) dan ia hanya berkisar tentang program & input dan cara kita memanipulasi program tersebut. Sepanjang saya belajar, saya mempelajari beberapa jenis CAD seperti MathCad & Maple(model matematik), OrCad & OrCad simulink (Modeling litar elektronik).

Ternyata sekali CAD tersebut tidak membantu saya sepanjang karier saya tetapi saya bersyukur sekurang-kurangnya saya mempelajari sesuatu. Tetapi apa yang dikesalkan adalah CAD seperti AutoCad hanya diajar kepada pelajar kejuruteraan mekanikal tetapi pasaran kerjaya sekarang bagi posisi Jurutera Elektrik memerlukan seseorang jurutera tersebut mengusai kemahiran AutoCad & AutoCad 3D.

PLC - Programmable Logic Control

Begitu juga dengan kemahiran automasi seperti kawalan berprogram logik/programmable logic control (PLC) langsung tidak diajar sedangkan ia seperti nyawa kepada setiap jurutera elektrik, pemacu & kawalan. Alangkah ruginya saya dan kawan-kawan kerana menghabiskan waktu & masa kepada sesuat yang tidak beberpa diutamakan oleh keperluan pasaran kerja pada masa kini. Atas inisiatif sendiri, saya belajar melalui internet dan prkatikal dan bercadang menghadiri kelas khas berbayar (RM2,200.00) selama 2 hari.

Occupational Safety & Health Administration -OSHA

Alam pekerjaan amat mengutamakan keselamatan pekerjaan & premis. Universiti tidak mengeluarkan sijil khas bagi mereka yang berjaya lulus cemerlang sebagai rujukan ketika memohon pekerjaan kelak. Sepatutnya selepas mempelajari OSHA secara formal (2/3 jam kredit) pelajar yang lulus cemerlang/pernah mengambil mata pelajaran tersebut patut diberi token sebagai extra point untuk diambil bekerja. Tips kepada pelajar, anda harus menggesa pensyarah atau fakulti anda mengeluarkan sijil khas menduduki OSHA supaya ia akan menjadi token kepada anda suatu hari nanti.

Bahasa Asing/Foreign Language

Saya amat pasti bahawa anda pernah/akan mengambil bahasa asing. Sedikit silap tetapi tak mengapa, saya mengambil Spanish sebagai bahasa ke-3 saya. Keperluan industri semasa memerlukan anda berkemahiran & mengusai berbahasa Inggeris dengan amat baik. Disamping itu terdapat syarikat-syarikat tempatan dan luar memerlukan/mewajibkan kemahiran berbahasa untuk bahasa ke-3 seperti bahasa Jepun dan mandrin. Saya bukan seorang yang racist tetapi perlu untuk saya katakan kepada anda bahawa kebanyakkan syarikat pemilikan Cina tempatan lebih gemar mengambil pekerja sebangsa mereka mungkin atas tujuan kemudahan komunikasi atau untuk menutup peluang kerjaya bansa lain ke dalam organisasi mereka. Sesetengah dari mereka secara terangan mengiklankan ayat seperti "Prefer Chinese Male age under 35" atau "prefer Mandarin speaking engineer". Anda harus menanganinya dengan cara anda. Saya sudah beritahu, anda fikirkan.

II - Selalu semak keperluan industri semasa

Saya selalu menyemak keperluan industri semasa, sekarang, bukan ketika saya seorang pelajar. Sedikit malang. Bagi pelajar tahun akhir, bermula semester, anda sepatutnya telah memulakan usaha mencari pekerjaan dan dalam masa yang sama anda perlulah memperbaiki/mempelajari kemahiran asas keperluan untuk memastikan anda tidak lemas dalam alam ekerjaan kelak. Pastikan anda benar-benar menguasai kemahiran tersebut sebelum melangkah kaki ke alam pekerjaan.

Saya senaraikan beberapa asas keperluan setakat hari ini berdasarkan keperluan industri semasa:

Kemahiran Am (general skill)

  1. Communication skill baik dr segi verbal atau non-verbal (body language). PR (public Relation) kena bagus.
  2. Kebolehan bekerja secara individu atau berkumpulan
  3. Mempunyai kebolehan menulis technical report yang baik.
  4. Analytic skill - kemahiran menganalisis sesuatu perkara/masalah
  5. Menguasai kesemua tools dalam Microsoft Office dengan baik terutamanya MS Excell (bukan setakat pandai buat jadual & graf, malah mampu buat program mudah/simple programming dengan baik).
  6. Kuat mental untuk bekerja dibawah tekanan yang tinggi.

Kejuruteraan:

  1. AutoCad,
  2. Kemahiran membaca pelan dan skematik termasuk lukisan teknikal (technical drawing)
  3. cMMS - Computerized Maintenance Management System
  4. Pengiraan teori asas tertentu seperti bebanan, arus, voltan, kuasa, faktor kuasa (power factor) dan lain-lain teori asas kejuruteraan yang anda duduki/pelajari.
  5. Mengetahui alatan/teknologi terkini & semasa seperti UPS (Uninterpretable Power System), Biomass, Renewable Energy Technology,
  6. OSHA
  7. Akta-akta seperti Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, Akta Kilang & Jentera 1967 dan lain-lain.
Lain-lain/Pengrusan Teknologi/HR:
  1. ISO & kebolehan menjalankan audit ISO
  2. SPSS - statisic computer tools
  3. AutoCAD
  4. Technical drawing
  5. Akta 514: OSHA 1994
  6. Akta Pekerjaan 1955 - kalau orang Union/Kesatuan Sekerja panggil buku biru
  7. Internal Audit
  8. Domestic Inquiry dan lain-lain
III - CV/Resume

pastikan anda mempunya resume atau CV dan mestilah dalam gaya penulisan yang kreatif dan mudah difahami. Elakkan menulis dalam bentuk ayat dan banyakkan menulis dalam bentuk butir ringkas yang jelas & mudah difahami. Tunjukkan kekuatan diri anda seperti kemahiran yang anda perolehi, keunikan kemahiran, kebolehupayaan anda dalam sesuatu bidang dan jangan segan untuk menulis kejayaan akademik anda. Expected salary mestilah berpada dengan pengalaman dan kebolehan anda dan anda boleh merujuk kepada penulisan blog saya sebelum ini tentang standard gaji semasa di Malaysia mengikut pengalaman dan jenis pekerjaan (http://zzemy.blogspot.com/2011/04/senarai-gaji-standard.html).

IV - Temuduga/Interview

Pastikan anda hadir lebih awal. Berpakaian sopan, tidak semestinya anda seksi seperti Zila Bakarin anda akan diambil bekerja. Bercakap dengan nada yang jelas dan bercakap dengan penuh keyakinan. Jangan malukan diri anda dengan perangai yang ntah apa-apa. Jangan tunjuk terlebih pandai atau memandai-mandai. Jawab apa yang ditanya dan cuba perolehi komunikasi dua hala yang optima dan jadikan suasana temuduga seperti satu seisi mesra (bukan terlebih mesra).

Jangan lakukan perkara kebiasaan anda seperti garu kepala yang tidak gatal, bermain kuku, menggosok hidung dan gedik-gedik sebab perkara tersebut boleh menjejeaskan 1st impression bakal majikan anda. PALING PENTING: sila selidik latarbelakang bakal majikan anda melalui web site rasmi tentang pemilikan syarikat, carta organisasi, aktiviti organisasi, jenis industri, proses industri dan lain-lain kerana ada sesetengah syarikat suka bertanyakan pengetahuan anda tentang organisasi mereka. Bukan apa takut anda salah pilih majikan takut-takut nanti jadi keldai dadah atau pun buruh paksa selain mengenali lebih dekat bakal majikan anda. Tak kenal maka tak cinta (saya tak suruh awak mengorat majikan awak ya! sila baca semula etika professional).

V - Penutup
saya sekali lagi ingin simpulkan bahawa
  1. walaupun fakulti anda tidak lengkapkan anda sepenuhnya dengan kehendak pasaran kerja, adalah tanggungjawab anda untuk melengkapkannya dengan usaha sendiri untuk memiliki kemahiran lain (added skills).
  2. Paksa pensyarah/fakulti anda keluarkan sijil OSHA atau sijil ISO selepas anda menduduki matapelajaran tersebut kerana ia akan menjadi extra merit atau token kepada anda apabila memohon pekerjaan.
  3. Riakkan diri anda walaupun anda tak sehebat mana dalam resume anda dan pastikan ia ringkas, padat & senang difahami.
  4. Jalani temuduga dengan berhemah. Jangan menggedik, terlebih ramah, terlalu pasif dan ikuti protokol dengan baik serta selidik latarbelakang bakal majikan anda.
  5. Sebarang pendapat lain amat saya alukan demi kebaikan bersama.
Sekian, terima kasih. Selamat maju jaya!
Wassalam.
Zaimi_Saad



1 comment:

  1. terlupa nak masukkan... kena kreatif terutama sesiapa yang minat dlm R&D mcm En. Salami Ustaz Ramli

    ReplyDelete