Hujung minggu
Hujung minggu ni aku menghabiskan masa di kampung. Hari khamis selepas solat maghrib & bacaYasiin, mak aku call suruh aku balik & tolong bawak balik barang adik aku skali. Jumaat aku ambil leave dan mulakan perjalanan ke Seremban 2. Sampai disana, aku & adik aku pun berkemas dan terus bertolak ke Bandar Seri Putra ke rumah kakak aku sebab dia ada kirimkan barang untuk bawak balik ke kampung.
Nak dijadikan cerita akak aku suruh pulak aku kemaskan barang kat belakang kereta sebab dia nk tumpang balik sekali ke kampung. Aku memang nk balik kampung sebab nak tenang kan fikiran yang amat kusut dengan segala hal dunia yang x habis2 melanda. Rimasa sangat aku dibuatnya & sebab tu aku bercadang nak lari buat sementara waktu.
Bertolak dari KL dalam pukul 5 petang dan singgah sat di Taiping lepak dengan Suhailly sebab dia bersungguh-sungguh suruh aku lepak dulu sebab sehala nak balik. Yela Sue, aku lepak makan malam dengan Suhailly then teruskan perjalanan. Sampai kat kampung pun dalam pukul 1 pagi.
Esoknya...
Aku melepak dengan kawan-kawan naik Pajero jalan-jalan keliling Perlis tengok tempat banjir. Kawasan Bintong paling teruk tapi waktu aku ke sana air dah semakin surut. Lepas penat jalan-jalan, kawan aku bagi cadangan yang paling pelik pernah aku dengar, "Wei, jom kita p Jitra, layan crita CUN, depa kata cerita tu best!". Perghhhh... setahu aku si Harun Salim Bachik ni bukan suka pun melayan cerita Melayu... "Tak po la wei, aku tau bank tenggelam, aku belanja tiket makan sendiri-sendiri". Kami ramai-ramai pun bersetuju...
CuNNNNnn
Layan la cerita ni memang lawak tak ingat dengan loghat utaranya dan plot cerita yang amat menarik & cara penceritaan yang sederhana & plot yang menarik. Cerita ni sebenarnya tentang Maya yg lari ke kampung pembantunya (si Faezah Elai) di Kedah. Kena pulak terserempak dengan si hero kampung. Berlaku la pelbagai adegan lawak & romantik antara 2 orang depa. So hangpa p la tengok. Aku dapat tiket free tak pa. Hahahahahaha. Lepas layan movie kami pun balik rumah melayan penat. Tp malam tu aku adameeting Pemuda UMNO Cawangan pulak. Aku tercalon untuk perwakilan Pemuda UMNO Cawangan ke Bahagian Kangar... Huh jenuh nk kena berulang p meeting. Kos tu...
Ahad
aku rasa malas nk balik... aku rasa best dok kat kampung. Ramai kawan-kawan, tak jamm, best... macam-macam ada disini. Tak apa aku akan berusaha untuk balik ke sini...
zaimi.. ko cari kerja kat perlis jer lah.. tenang sikit...
ReplyDeletemmg la... balik kg rsa best sgt2... tgh cari peluang la skrg ni nk balik sana... di sana kita lebih dihargai... sigh~
ReplyDeletetima kasih blanja makan!!!!!
ReplyDeleteikan keli tepi perigi,
len kali blanja lagi!!!!
muahahahahha
err.. kalau ko balik perlis tuh... jangan lupa buat-buat tak singgah di taiping... terus jer balik... sama jugak kalau ko nak balik ker Batang kali dari perlis,.. bukan aper... buang duit jer ko singgah taiping...
ReplyDeletehoho nyibuk!!! biaq p la aih dia nak singgah mn pun...huahuahuah!!!!
ReplyDeleteAku sebanaq nya mmg malas nk singgah2 Tepeng ni tp takut muncung memanjang2, so aku pun singgah la... kalau kak aku x da ari tu mmg dh kna tui dah dahi tu
ReplyDelete