C'mon people now!
Smile on your brother
And everybody get together
Try to love one another right now!
Hi grandma!
Hi Chaq!
Hi mom & dad!
Hi uncles and aunties!
*5 weeks
C'mon people now!
Smile on your brother
And everybody get together
Try to love one another right now!
Hi grandma!
Hi Chaq!
Hi mom & dad!
Hi uncles and aunties!
*5 weeks
Kali ini iftar special dengan isteri. Meraikan isteri yang bersusah-payah untuk kita seharian di rumah. Jangan berkira sangat dengan depa, nanti Allah pun berkira dengan kita...
:)
Lama
Sudah lama tidak menulis. Barangkali tangan sudah letih. Bertahun tinggalkan keyboard kerana zaman sudah lain.
Pada tanggal 16 September 2012 adalah hari pertunangan saya bersama Azah. Kami bersetuju untuk memilih tarikh 12.12.2012 sebagai tarikh nikah dan 15.12.2012 sebagai resepsi. Fengan masa yang agak terbatas, saya menyerahkan bulat-bulat tugas urusan persiapan perkahwinan kepada saudara perempuan saya dan saya berasa amat beruntung sebab depa ni semua ada 'kaki' masing-masing dan boleh dapat futher disconut.Assalamu'alaikum wbt.
Saya menulis atas kapasiti saya sebagai (bekas) pelajar, pencari kerja & jurutera elektrikal. Penulisan ini adalah mungkin sebagai satu guideline atau panduan kepada bakal-bakal graduan dan juga pengurusan fakulti-fakulti Universiti.
I - Kesilapan universiti tempatan dalam perencanaan silibus pelajar
Saya merupakan bekas graduan dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada 2003-2007 dan memegang jawatan Jurutera Elektrikal di Heveafil Sdn. Bhd. sebuah syarikat pembuatan produk benang getah yang dimiliki oleh konglomerat nasional, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan KL-Kepong Berhad.
Silibus & Relevennya Dengan Pasaran Kerjaya
Saya akui sepanjang saya menjawat tugas saya sebagai Jurutera M&E dan Elektrikal tidak semua apa yang saya pelajari diaplikasi mungkin hanya sebahagian dipelajari hanya secara basis. Basis itulah yang sebenarnya yang amat saya tumpukan sepanjang kerjaya saya.
Computer Aided Design/Rekabentuk Berbantu Komputer sangat penting sebagai media memudahcara kita terutama dalam menjalankan kajian tanpa perlu pembinaan prototaip dan analisis hanyalah berdasarkan model matematik (Math. Modelling) dan ia hanya berkisar tentang program & input dan cara kita memanipulasi program tersebut. Sepanjang saya belajar, saya mempelajari beberapa jenis CAD seperti MathCad & Maple(model matematik), OrCad & OrCad simulink (Modeling litar elektronik).
Ternyata sekali CAD tersebut tidak membantu saya sepanjang karier saya tetapi saya bersyukur sekurang-kurangnya saya mempelajari sesuatu. Tetapi apa yang dikesalkan adalah CAD seperti AutoCad hanya diajar kepada pelajar kejuruteraan mekanikal tetapi pasaran kerjaya sekarang bagi posisi Jurutera Elektrik memerlukan seseorang jurutera tersebut mengusai kemahiran AutoCad & AutoCad 3D.
PLC - Programmable Logic Control
Begitu juga dengan kemahiran automasi seperti kawalan berprogram logik/programmable logic control (PLC) langsung tidak diajar sedangkan ia seperti nyawa kepada setiap jurutera elektrik, pemacu & kawalan. Alangkah ruginya saya dan kawan-kawan kerana menghabiskan waktu & masa kepada sesuat yang tidak beberpa diutamakan oleh keperluan pasaran kerja pada masa kini. Atas inisiatif sendiri, saya belajar melalui internet dan prkatikal dan bercadang menghadiri kelas khas berbayar (RM2,200.00) selama 2 hari.
Occupational Safety & Health Administration -OSHAAlam pekerjaan amat mengutamakan keselamatan pekerjaan & premis. Universiti tidak mengeluarkan sijil khas bagi mereka yang berjaya lulus cemerlang sebagai rujukan ketika memohon pekerjaan kelak. Sepatutnya selepas mempelajari OSHA secara formal (2/3 jam kredit) pelajar yang lulus cemerlang/pernah mengambil mata pelajaran tersebut patut diberi token sebagai extra point untuk diambil bekerja. Tips kepada pelajar, anda harus menggesa pensyarah atau fakulti anda mengeluarkan sijil khas menduduki OSHA supaya ia akan menjadi token kepada anda suatu hari nanti.
Bahasa Asing/Foreign Language
Saya amat pasti bahawa anda pernah/akan mengambil bahasa asing. Sedikit silap tetapi tak mengapa, saya mengambil Spanish sebagai bahasa ke-3 saya. Keperluan industri semasa memerlukan anda berkemahiran & mengusai berbahasa Inggeris dengan amat baik. Disamping itu terdapat syarikat-syarikat tempatan dan luar memerlukan/mewajibkan kemahiran berbahasa untuk bahasa ke-3 seperti bahasa Jepun dan mandrin. Saya bukan seorang yang racist tetapi perlu untuk saya katakan kepada anda bahawa kebanyakkan syarikat pemilikan Cina tempatan lebih gemar mengambil pekerja sebangsa mereka mungkin atas tujuan kemudahan komunikasi atau untuk menutup peluang kerjaya bansa lain ke dalam organisasi mereka. Sesetengah dari mereka secara terangan mengiklankan ayat seperti "Prefer Chinese Male age under 35" atau "prefer Mandarin speaking engineer". Anda harus menanganinya dengan cara anda. Saya sudah beritahu, anda fikirkan.
II - Selalu semak keperluan industri semasa
Saya selalu menyemak keperluan industri semasa, sekarang, bukan ketika saya seorang pelajar. Sedikit malang. Bagi pelajar tahun akhir, bermula semester, anda sepatutnya telah memulakan usaha mencari pekerjaan dan dalam masa yang sama anda perlulah memperbaiki/mempelajari kemahiran asas keperluan untuk memastikan anda tidak lemas dalam alam ekerjaan kelak. Pastikan anda benar-benar menguasai kemahiran tersebut sebelum melangkah kaki ke alam pekerjaan.
Saya senaraikan beberapa asas keperluan setakat hari ini berdasarkan keperluan industri semasa:
Kemahiran Am (general skill)
Kejuruteraan:
Bersama dengan ilmu serta tunjuk ajar daripada mereka yang telah berjaya, buat plan-tindakan dan bersungguh-sungguhlah melaksanakan plan-tindakan anda itu. InsyaAllah, berkat usaha anda yang berterusan yang tidak mengenali istilah putus asa serta doa yang tidak putus-putus kepadaNYA, anda akan berjaya memperolehi apa yang anda angani dan citakan.
Sedikit mutiara kata untuk dikongsi sebagai perangsang kepada anda yang HEBAT ini:
"No matter how bad it is and how bad it gets, you're going to make it."
"Winners never quit, quitters never win."
Nombor Peribadi : 4 -
Aku tak pasti sama ada aku minat No.4 atau tak yang pasti aku suka juga kerana atas sebab tertentu
Elemen :Kayu (Aku tak pasti apa maksud "KAYU" tersebut.)
Ciri Utama :Rancang (dan memang aku suka merancang)
Sinopsis :Disukai kerana kemahiran dan perancangan, namun kemahiran perhubungan sempit. (aku akui punya perancangan yang baik dan kemahiran yang agak baik tetapi dalam bab implimentasi agak lemah kerana kadang-kdang macam hangat-hangat tahi ayam dan kadang-kala atas sebab sekeliling atau individu yang buat kerja aku sangkut. Dalam bab kemahiran perhubungan aku akui PR aku dengan orang sekeliling agak baik tetapi dengan orang yang 'special' agak tak pandai sampai kadang-kala dia agak merajuk dengan sikap aku yang lebih utamakan orang lain. Azah kata aku ni terlalu baik dengan orang lain... Wallahu'alam)
Tafsiran Umum Peribadi :
Kemahiran tinggi, bijak, tidak mudah putus asa, sukar simpan wang, perhubungan mudah putus. - (bab perhubungan mudah putus aku tak berapa setju sebab sejarah percintaan aku menunjukkan aku sangat-sangat mempunyai usia percintaan yang sangat panjang dan aku harap bila berkahwin nanti berpanjangan sampai ke sana..)
Warna Yang Sesuai :Hijau. (saya suka hijau tapi saya tak suka hijau tompok putih)
Status Body Mass Index (BMI) :
24 => Normal (mempunyai berat badan yang ideal). Kekalkan gaya hidup yang sihat melalui pemakanan yang sihat dan seimbang serta bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
Masalah Kesihatan Berkaitan :
Struktur tulang, kawasan hati, mata, masalah tendon, kekejangan otot (terutama sekitar bahu), masalah kulit. (kekejangan otot - selalu berlaku di bahagian kaki selalunya ketika bersukan tanpa warm-up yang sempurna atau ketika tidur)
Analisis diri Vs Reality diri

Weekend (09/04/2011)...
ku melayan filem Ghost must be crazy (comedy/horror) satu filem Mandrin dari Singapura yang mempunyai 2 cerita dalam satu filem ala-ala "Sini Ada Hantu". Cerita pertama mengisahkan tentang 2 askar Singapura yang nak juga cari alasan tak nak buat latihan medan. Depa cari macam-macam alasan & cara supaya boleh escape latihan. Opening cerita memang cantik & lawak sampai aku terbahak-bahak.
edua yang aku tonton ialah "Dilarang Masuk". Cerita 4 orang sahabat yang mencari jalan keluar dari htan dan hinggap di sebuah rumah yang didapati mempunyai 2 mayat, sepucuk pistol & wang RM2.8juta. Ada cerita disebalik apa yang ada dirumah tu dengan salah sorang dari depa. Penceritaan tak berapa kuat dan sebenarnya agak ringan pembawaannya. Tak kena langsung dengan tag line "tiada jalan keluar" tapi last sekali ok je ending. Aku ingat macam Hotel California tapi memang cerita tak serupa tag line da... Tapi ok la kalau nak layan jugak tapi untk keseluruhan aku bagi 2* dari 5*.
Ikon aku Kurt Cobain, Nirvana. Berambut panjang tendang telinga, berbaju t-shirt, berjeans lusuh dan berkasut converse. Kalau nak diikutkan trend sekarang mana mungkin cewek mau sangkut sama aku. Hahaha. Tapi terus terang aku katakan aku selesa dengan imej begitu. Muzik Grunge adalah muzik yang menjadi santapan dan antara band yang banyak mempengarhi muzik aku seperti Nirvana, Pearl Jam, Alice In Chain, Bush dan lain-lain cuma selera muzik agak berubah selepas cinta pertama aku minta supaya aku dengar lagu-lagu oldies & 70's. Pada masa itu kami jamming bersama dan menjadi lagu wajib adalah hey Jude!, helps!, yesterday, from me to you, act naturally dan eight days a week dari The Beatles. Boleh katakan apa-apa saja bersama termasuk menemani aku menyertai gigs dan jamm seassion.