Friday, September 16, 2011
Weekend @ Samsung
Sekarang ni, susah sungguh nak dapatkan rang waktu untuk diri sendiri. Sabtu kerja, ahad pun kerja. Isnin lagi la...Tapi tak apa, selagi badan sihat, akan aku usaha jugak sebab aku dh tandatangan utk beri komitmen kpd syarikat sementelah MD target nak keluarkan 200,000 unit microwave seminggu. Nak tak nak aku sbb supporting team kena usaha lebih la....
Korea
Aku kena paksa dengan bos aku untuk p ke Korea selama 10 hari untuk kursus dia sana denga semua subsidiaries Samsung. Passport tak siap lagi... bila la aku nak p JPN ni? Dengan masa pn tak ada...
Tak apa, nnt cuba cari ruang waktu....
Thursday, September 1, 2011
Ramadhan, Audit & Syawal...
hari ini hari ke-2 berhari raya tp mood dah jd mood orang tua, biasa sj cuma agak gembira sebab jumpa kawan-kawan yang mana kami tak jumpa hampir 15 tahun. Happy bila ungkit & imbau kenangan lampau zaman sekolah rendah... masing-masing dah berubah dah besar panjang & ada yang dah ada anak 2 orang. Aku saja yang terkapai-kapai cari pelampung nk selamatkan diri dari dunia bujang ni.
Audit
seminggu sebelum Syawal aku agak sibuk dengan audit di Samsung. Mamat-mamat KOrea tu boleh berkampung seminggu untuk audit. Aku berada dalam department/jabatan Environment, Health & Safety (EHS), satu jabatan baru di situ dan pada masa audit la macam-macam kelemahan yang aku dapat tengok terutamanya dari segi implementation dan juga documentation. Tp it's ok sebab nama pun department baru so lepas cuti raya banyak la benda yang aku kena buat....
Ramadhan...
Ramadhan kali ni aku agak santai & ia pergi terlalu cepat tanpa aku sedari & aku mengaku, ibadat sunat pada ramadhan kali ni adalah paling sikit yang aku buat sbb balik kerja dah pkul 10 so aku niatkan aku p kerja kerana Allah Ta'ala sebab aku tau aku tak mampu nk catch up ibadat pada malam hari. Aku rasa rugi sangat.
Lebaran
Sabtu sebelum syawal, aku & Azah sempat bershopping di Jalan TAR. Tak la banyak tp setakat keperluan saja. Aku & azah cuma beli baju melayu Johor dan baju kebaya untuk azah yang mana warnanya sedondon... tapi sayang aku tak sempat tengaok Azah gayakan baju tu... Memang dh lama aku teringin nak tengok dia pakai kebaya...
Balik ke Kelang...
Aku rasa tak puas beraya di kampung dang mak & ayah. Rasa x puas lg dengar cerita-cerita mak & belum puas pusing Perlis. AKu bercadang nak konvoi dengan Rahazul dari Perlis ke Batang Kali & mungkin ditemani oleh seorang lagi kawan aku, Saiful. Sekurang-kurangnya tak la bosan sepanjang jalan nanti.
Aku baru saja balik beli barang basah untuk mak. Dengan kata cucu tembam kesayangan dia nk balik esok, so aku nk prepare la apa yg patut utk si comel tu. Duit raya yang aku pungut stakat ni adalah -RM140.00. Huh, aku puas ati boleh bg duit raya akhirnya kat tok menakan (saudara). Ok jumpa lagi edisi yang akn datang...
Regards,
zzemy.blogspot
Saturday, August 6, 2011
Samsung, Ramadan & Everything...
Aku menamatkan perkhidmatan di Heveafil Sdn. Bhd. pada 15hb. Julai 2011 setelah berkhidmat hampir 3 tahun di sana sejak 8hb Sepetember 2011. Bukan satu keputusan yang mudah tapi amat perlu... Kenapa? Atas desakan komiment... Heveafil tak mampu berikan apa yang aku minta so I've got to go and I've got to leave....
Samsung
Cuma sempat menganggur selama 2 hari, aku berkhidmat di EHS - Emergency, Health & Safety Department sebagai Facility Engineer yang jaga electrical power, airconditioning, chiller, compressed air system & steam boiler. Bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang 5 hari seminggu. Akibat jalan di Port Klang selalu jam so aku amik keputusan untuk melepak di Samsung sampai jalan ok lebih kurang dalam jam 8.00pm dgn erti kata lain OT 2 jam sehari. Ok la, balik cepat pn bosan sj kat rumah, bukan ada apa, bini pun tak ada...
Ramadan
Ngam-Ngam 3 minggu aku kat sana, Ramadan pun tiba so aku bersahur sorang-sorang (kadang-kadang tak sahur) kat rumah dan berbuka di Samsung bersama rakan-rakan. Juadah? Hahahaha x kisah sebab makanan sedap2 percuma pulak tu Samsung beri. Ok la kira memusakan hati la berbuka dengan nasi berlauk yg Samsung bagi. Hujung minggu lepas kerja, aku akan pick up my Cik Azah di Kerinchi then terus balik ke Batang Kali.
So, hari ni hari ke 6 kita berpuasa & aku nk lari seketika dari nasi berlauk Samsung untuk melayan makanan dari Bazar Ramadan di Batang Kali... Aim aku ayaq tebu & murtabak petang ni. Hehehehe... So, jap lagi keluar jap dgn Cik Azah pi Pasar Ramadan. So, gua nak solat then melepak jap depan TV sebelum keluar. Harap-harap boleh jumpa kawan-kawan Heveafil kat sana sebab terasa rindu pulak pd semua...
Bye... gua solat jap!
Monday, June 6, 2011
An another empty smile
Maybe not this time, but when?
Love to see them chew it but jealousy has dimmed it,
Shadows were roamed in and out,
Vision were faded.
Peeping thru the tail of eyes,
I'm tired of it,
sick of it,
In God we trust,
with an empty smile of me.
Sunday, June 5, 2011
Lapang
Hamparan demi hamparan berbumbungkan langit berlapis-lapis,
Dihampar indah lautan yang berlapis,
Dipasak teguh akan gunung-Nya.
6 jangka dijadikannya.
Luasnya itu mampu Dia sempitkan,
Biar pun zahirnya tak terteroka,
Biar pun tak terselam,
Akibat disempitkan hati insan,
Yang pelupa...
Dunia yang dijadikan,
Sempit, terbatas, mengecil,
Lebih sempit dari lahad,
Introduksi azabNya disana.
Kepada mereka yang rugi.
Yang tertutup hatinya kepada cahaya,
Yang dihijab dunia dari keindahannya,
Yang disempitkan periuk dari pauknya,
Yang dihilangkan rahmah dari ubun-ubunnya.
Lain halnya dengan yang setia,
Merasa manis cintaNya,
DisayangiNya sentiasa,
Dipermudah akan segala langkahnya,
Dijauh dari fitnah dunia bermata satu,
merekalah orang yang yamin,
Mereka yang percaya kepada yang tiada,
Yang mendirikan tiang-tiangNya,
Yang diberikan pedoman, tak tersesat,
Yang membahagi-bahagikan nasi dalam pinggannya,
Merekalah Ashabul Yamin.
Wahai Tuhan,
Lapangkan dadaku seperti mana Kau luaskan hamparan bumi,
Tinggikan ilmu kami seperti Kau tinggikan langit Mu,
Bersihkan hati kami seperti putihnya fitrah kami,
Permudahkan akan langkah kami seperti kuda-kuda Badar,
Berikan kami kemenangan seperti tentera terbang,
Yang berbondong-bondong datang dari atas,
Kasihani kami, rahmatilah kami,
Wahai Rahman & Rahim.
Tuesday, May 31, 2011
Ruhul & Sulbi
Walaupun bukan dengan kehendak & tak terlawan dek kudrat,
Walaupun keringat berganti keringat,
Kita cuma manusia dari saripati hina,
Menahannya buka kuasa aku & tidak pula ia kuasa mu.
Kita cuma mampu membiarkan takdir itu berlalu biar, kejam ia merampas.
Walau bergenang biar berlenang,
biar ditakung 7 lautan ia tak mungkin terjadi,
kerana takdir kita memang begitu kerana kita dari sari pati itu,
Bukan Dzat kita untuk menentu, bukan kudrat kita untuk begini.
Yang berlalu biarlah berlalu walau berlainan antara kau & aku,
Biar diselangi alam & dimensi waktu, aku tetap menunggu.
Namun, kiranya kau tahu,
bertapa luasnya qalbi ku untuk mu,
walau mungkin sulbi ku bukan untuk mu,
bukan pula ruhul mu milik aku,
tidak pula qadar ku untuk mu,
biar jisim mu menjadi ard-Nya,
bayangan aqli mu sentiasa bersama ku.
Rob-ul-Jalil,
Jambatan kita, moga ketemu disana...
Semoga rahman & rahim-Nya bersama mu..
Wednesday, May 18, 2011
Kenapa Saya Menolak PAS & PKR?
Ketika saya bersama kawan-kawan yang terdiri dari pelbagai latarbelakang politik, saya telah ditanya satu soalan yang tidak pernah ditanya oleh sesiapa sebelum itu. Soalan yang agak ringkas tetapi mendalam. Pada mereka, saya lebih dikenali sebagai seorang ahli UMNO yang agak low profile dan tidak banyak bergasak tentang fahaman politik tetapi banyak bercerita & berbincang tentang pembangunan komuniti & pendidikan.
Kenapa?
-Mie, awat hang tak sokong PAS sedangkan hang ada juga sikit pengetahuan agama & awat tak sokong PKR sedangkan hang ada sedikit pengetahuan reformis?-
Berbalik kepada Amanat Haji Hadi yang berjaya memecahbelahkan masyarakat, lihat saja impaknya, suami isteri bercerai-berai, anak-bapa tak bertegur, jiran-jiran pecah belah, kariah/jemaah solat dua Imam ditambah pula dengan Fatwa karut & marut yang disusun mengikut kepuasan kehendak nafsu politik beliau, itulah yang menyebabkan saya hilang kepercayaan terhadap Islam bawaan PAS.
Bagaimana saya mahu sokong...?
Kekuatan ukhwah dalam keluarga adalah asas penting/teras masyarakat & masyarakat/komuniti adalah teras kejayaan sesebuah tamadun. Jika dari teras lagi mereka sudah rosakkan ikatan, seolah-olah PAS cuba mengubah formulasi kekuatan Ummah yang mana kemudian melemahkan sistem sosial masyarakat itu sendiri.
Modus operandi mengkafirkan UMNO & mengharamkan segala urusan muamalah, urusan rutin antara orang UMNO dan bukan UMNO berjaya memecahbelahkan masyarakat sehingga terjadinya pelbagai hal seperti contoh-contoh yang saya berikan awal tadi.
Adakah syarat menyertai PAS adalah salah satu rukun Islam atau rukun Iman? Saya begitu sedih kerana hadis & Al-Quran digunakan secara semberono untuk kepuasan politik masing-masing yang mana kita dapat lihat contoh paling ketara Islam di PAkistan & Afghanistan. Bagaimana pembawaan Islam disana? Bagaimana pula Islam di Indonesia? PAS sepatutnya bertaubat dengan apa yang telah mereka lakukan. Kembalilah...
PKR?
Parti ini tidak lebih dari sebuah parti yang memperjuangkan agenda sempit pemimpin yang dimonopoli oleh sanak-saudara & anak beranak, sama seperti DAP. Nepotisme & Kronisme. Parti ini memang saya tidak pernah suka sejak awal zaman reformasi 1998 kerana sifat extrim & penyokongnya apabila berdemo seolah-olah hilang akal dan dirasuk jin & syaitan memusnahkan harta benda awam disekitar Kuala Lumpur dan tak ubah seperti hooligan bola sepak England. Parti ini mempunyai ahli dari kalangan mereka yang rendah akhlaknya & akalnya.
Kenapa UMNO?
Saya faham amalan rasuah telah menjadi kudis & kusta dalam UMNO cuma perlu sedikit ruang untuk berubah. Tindakan presiden DS Najib Tun Razak yang bersungguh-sungguh mahu menghapuskan amalan rasuah di Malaysia sehingga SPRM digelar pembunuh dan berjaya mengheret mereka yang terlibat dalam kes berprofil besar seperti PKFZ menampakkan beliau bersungguh-sungguh berusaha menghapuskan amalan rasuah.
Sifat UMNO yang bersederhana dalam segala hal & tidak cepat melatah dalam sebarang tindakan adalah satu bonus. Yang penting tindakan melampaui batas ala hooligan tidak dipraktikkan. Memalukan.
Tak larat saya mahu menulis... nantilah saya sambung di bahagian yang lain.
Wednesday, April 27, 2011
Sakitnya hati bila....
Semalam aku ke Hospital Selayang selepas seisi temuduga di Kepong untuk pemeriksaan sendi lutut yang makin lama makin rasa tak selesa. Pemeriksaan X-Ray menunjukkan tak ada apa-apa cuma mungkin selepas ni ada beberapa temu janji lagi mungkin untuk fisio. Bagi aku mungkin taklah seserius mana tapi aku didesak oleh Dr. Wan Ahmad Hafiz untuk menjalankan rawatan lanjut.
Balik & Migrain
Aku terus ke kilang untuk menyertai team Biomass untuk seisi pengenalan CDM-UNFCCC. Sepanjang proses memang memenatkan dan hujan lebat di sebelah petang. Migrain tiba-tiba menyerang. Sakit kepala bukan kepalang... aku cuma mengharapkan yang jam cepat-cepat tunjuk pada jam 5.30petang. Bila sampai saja di rumah terus ke atas dan tidur. Sebelum tu sempat juga meraba-raba apa yang ada dalam first aid kit di pejabat, nasib baik ada 2 biji panadol... walaupun tak sekuat mana tapi bolehlah sedikit membantu meredakan sakit.
Terjaga...
Bila kepala dah hilang sakit, baru la boleh bangun tp pada masa tu jam dah tunjuk hampir jam 11.00 malam. Tapi sebenarnya aku terkeju dek panggilan dr Azah. Ntah apa yang dia nak mungkin nak ajak YM kot. Tp bila YM saja lain pulak jadinya.. tu yang kadang-kadang rasa malas teramat nak YM sbb teknologi memang boleh buat gaduh. Hahahahahahaha... macam haram!
Lantak
Lantak la apa jadi pun, malas nak bebankan dengan apa yang aku dah sedia tanggung... tungg saja la hari lain... hari ni aku nak tengok Manchester United Vs Schalke 04 dalam penentuan tempat ke final liga juara-juara Eropah di Wembly nanti.
Friday, April 22, 2011
Pasaran Kerjaya & Keperluan Memenuhi Kehendak Posisis Kerjaya
Assalamu'alaikum wbt.
Saya menulis atas kapasiti saya sebagai (bekas) pelajar, pencari kerja & jurutera elektrikal. Penulisan ini adalah mungkin sebagai satu guideline atau panduan kepada bakal-bakal graduan dan juga pengurusan fakulti-fakulti Universiti.
I - Kesilapan universiti tempatan dalam perencanaan silibus pelajar
Saya merupakan bekas graduan dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada 2003-2007 dan memegang jawatan Jurutera Elektrikal di Heveafil Sdn. Bhd. sebuah syarikat pembuatan produk benang getah yang dimiliki oleh konglomerat nasional, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan KL-Kepong Berhad.
Silibus & Relevennya Dengan Pasaran Kerjaya
Saya akui sepanjang saya menjawat tugas saya sebagai Jurutera M&E dan Elektrikal tidak semua apa yang saya pelajari diaplikasi mungkin hanya sebahagian dipelajari hanya secara basis. Basis itulah yang sebenarnya yang amat saya tumpukan sepanjang kerjaya saya.
Computer Aided Design/Rekabentuk Berbantu Komputer sangat penting sebagai media memudahcara kita terutama dalam menjalankan kajian tanpa perlu pembinaan prototaip dan analisis hanyalah berdasarkan model matematik (Math. Modelling) dan ia hanya berkisar tentang program & input dan cara kita memanipulasi program tersebut. Sepanjang saya belajar, saya mempelajari beberapa jenis CAD seperti MathCad & Maple(model matematik), OrCad & OrCad simulink (Modeling litar elektronik).
Ternyata sekali CAD tersebut tidak membantu saya sepanjang karier saya tetapi saya bersyukur sekurang-kurangnya saya mempelajari sesuatu. Tetapi apa yang dikesalkan adalah CAD seperti AutoCad hanya diajar kepada pelajar kejuruteraan mekanikal tetapi pasaran kerjaya sekarang bagi posisi Jurutera Elektrik memerlukan seseorang jurutera tersebut mengusai kemahiran AutoCad & AutoCad 3D.
PLC - Programmable Logic Control
Begitu juga dengan kemahiran automasi seperti kawalan berprogram logik/programmable logic control (PLC) langsung tidak diajar sedangkan ia seperti nyawa kepada setiap jurutera elektrik, pemacu & kawalan. Alangkah ruginya saya dan kawan-kawan kerana menghabiskan waktu & masa kepada sesuat yang tidak beberpa diutamakan oleh keperluan pasaran kerja pada masa kini. Atas inisiatif sendiri, saya belajar melalui internet dan prkatikal dan bercadang menghadiri kelas khas berbayar (RM2,200.00) selama 2 hari.
Occupational Safety & Health Administration -OSHAAlam pekerjaan amat mengutamakan keselamatan pekerjaan & premis. Universiti tidak mengeluarkan sijil khas bagi mereka yang berjaya lulus cemerlang sebagai rujukan ketika memohon pekerjaan kelak. Sepatutnya selepas mempelajari OSHA secara formal (2/3 jam kredit) pelajar yang lulus cemerlang/pernah mengambil mata pelajaran tersebut patut diberi token sebagai extra point untuk diambil bekerja. Tips kepada pelajar, anda harus menggesa pensyarah atau fakulti anda mengeluarkan sijil khas menduduki OSHA supaya ia akan menjadi token kepada anda suatu hari nanti.
Bahasa Asing/Foreign Language
Saya amat pasti bahawa anda pernah/akan mengambil bahasa asing. Sedikit silap tetapi tak mengapa, saya mengambil Spanish sebagai bahasa ke-3 saya. Keperluan industri semasa memerlukan anda berkemahiran & mengusai berbahasa Inggeris dengan amat baik. Disamping itu terdapat syarikat-syarikat tempatan dan luar memerlukan/mewajibkan kemahiran berbahasa untuk bahasa ke-3 seperti bahasa Jepun dan mandrin. Saya bukan seorang yang racist tetapi perlu untuk saya katakan kepada anda bahawa kebanyakkan syarikat pemilikan Cina tempatan lebih gemar mengambil pekerja sebangsa mereka mungkin atas tujuan kemudahan komunikasi atau untuk menutup peluang kerjaya bansa lain ke dalam organisasi mereka. Sesetengah dari mereka secara terangan mengiklankan ayat seperti "Prefer Chinese Male age under 35" atau "prefer Mandarin speaking engineer". Anda harus menanganinya dengan cara anda. Saya sudah beritahu, anda fikirkan.
II - Selalu semak keperluan industri semasa
Saya selalu menyemak keperluan industri semasa, sekarang, bukan ketika saya seorang pelajar. Sedikit malang. Bagi pelajar tahun akhir, bermula semester, anda sepatutnya telah memulakan usaha mencari pekerjaan dan dalam masa yang sama anda perlulah memperbaiki/mempelajari kemahiran asas keperluan untuk memastikan anda tidak lemas dalam alam ekerjaan kelak. Pastikan anda benar-benar menguasai kemahiran tersebut sebelum melangkah kaki ke alam pekerjaan.
Saya senaraikan beberapa asas keperluan setakat hari ini berdasarkan keperluan industri semasa:
Kemahiran Am (general skill)
- Communication skill baik dr segi verbal atau non-verbal (body language). PR (public Relation) kena bagus.
- Kebolehan bekerja secara individu atau berkumpulan
- Mempunyai kebolehan menulis technical report yang baik.
- Analytic skill - kemahiran menganalisis sesuatu perkara/masalah
- Menguasai kesemua tools dalam Microsoft Office dengan baik terutamanya MS Excell (bukan setakat pandai buat jadual & graf, malah mampu buat program mudah/simple programming dengan baik).
- Kuat mental untuk bekerja dibawah tekanan yang tinggi.
Kejuruteraan:
- AutoCad,
- Kemahiran membaca pelan dan skematik termasuk lukisan teknikal (technical drawing)
- cMMS - Computerized Maintenance Management System
- Pengiraan teori asas tertentu seperti bebanan, arus, voltan, kuasa, faktor kuasa (power factor) dan lain-lain teori asas kejuruteraan yang anda duduki/pelajari.
- Mengetahui alatan/teknologi terkini & semasa seperti UPS (Uninterpretable Power System), Biomass, Renewable Energy Technology,
- OSHA
- Akta-akta seperti Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, Akta Kilang & Jentera 1967 dan lain-lain.
- ISO & kebolehan menjalankan audit ISO
- SPSS - statisic computer tools
- AutoCAD
- Technical drawing
- Akta 514: OSHA 1994
- Akta Pekerjaan 1955 - kalau orang Union/Kesatuan Sekerja panggil buku biru
- Internal Audit
- Domestic Inquiry dan lain-lain
pastikan anda mempunya resume atau CV dan mestilah dalam gaya penulisan yang kreatif dan mudah difahami. Elakkan menulis dalam bentuk ayat dan banyakkan menulis dalam bentuk butir ringkas yang jelas & mudah difahami. Tunjukkan kekuatan diri anda seperti kemahiran yang anda perolehi, keunikan kemahiran, kebolehupayaan anda dalam sesuatu bidang dan jangan segan untuk menulis kejayaan akademik anda. Expected salary mestilah berpada dengan pengalaman dan kebolehan anda dan anda boleh merujuk kepada penulisan blog saya sebelum ini tentang standard gaji semasa di Malaysia mengikut pengalaman dan jenis pekerjaan (http://zzemy.blogspot.com/2011/04/senarai-gaji-standard.html).
IV - Temuduga/Interview
Pastikan anda hadir lebih awal. Berpakaian sopan, tidak semestinya anda seksi seperti Zila Bakarin anda akan diambil bekerja. Bercakap dengan nada yang jelas dan bercakap dengan penuh keyakinan. Jangan malukan diri anda dengan perangai yang ntah apa-apa. Jangan tunjuk terlebih pandai atau memandai-mandai. Jawab apa yang ditanya dan cuba perolehi komunikasi dua hala yang optima dan jadikan suasana temuduga seperti satu seisi mesra (bukan terlebih mesra).
Jangan lakukan perkara kebiasaan anda seperti garu kepala yang tidak gatal, bermain kuku, menggosok hidung dan gedik-gedik sebab perkara tersebut boleh menjejeaskan 1st impression bakal majikan anda. PALING PENTING: sila selidik latarbelakang bakal majikan anda melalui web site rasmi tentang pemilikan syarikat, carta organisasi, aktiviti organisasi, jenis industri, proses industri dan lain-lain kerana ada sesetengah syarikat suka bertanyakan pengetahuan anda tentang organisasi mereka. Bukan apa takut anda salah pilih majikan takut-takut nanti jadi keldai dadah atau pun buruh paksa selain mengenali lebih dekat bakal majikan anda. Tak kenal maka tak cinta (saya tak suruh awak mengorat majikan awak ya! sila baca semula etika professional).
V - Penutup
saya sekali lagi ingin simpulkan bahawa
- walaupun fakulti anda tidak lengkapkan anda sepenuhnya dengan kehendak pasaran kerja, adalah tanggungjawab anda untuk melengkapkannya dengan usaha sendiri untuk memiliki kemahiran lain (added skills).
- Paksa pensyarah/fakulti anda keluarkan sijil OSHA atau sijil ISO selepas anda menduduki matapelajaran tersebut kerana ia akan menjadi extra merit atau token kepada anda apabila memohon pekerjaan.
- Riakkan diri anda walaupun anda tak sehebat mana dalam resume anda dan pastikan ia ringkas, padat & senang difahami.
- Jalani temuduga dengan berhemah. Jangan menggedik, terlebih ramah, terlalu pasif dan ikuti protokol dengan baik serta selidik latarbelakang bakal majikan anda.
- Sebarang pendapat lain amat saya alukan demi kebaikan bersama.
Wassalam.
Zaimi_Saad
Tuesday, April 19, 2011
Siapa Zaimi Saad?: Analisis kajian Vs. realiti diri
Sedang aku YM! & menjenguk jauh ke dunia siber & VR (virtal reality), aku sempat menjenguk ke website yang menyenaraikan hasil dari kajian tentang kognitif dan peribadi diri. Sengaja aku masukkan butir diri dan menghantar ke alamat tersebut. Capaian selepas itu merujuk kepada hasil analisis tentang diri aku... Bersama itu aku juga ingin tahu seberapa jauh aku mengenali diri aku. Sabda Rasulullah SAW, jika kita mengenal diri maka kita akan mengenal pencipta. Jom kita lihat hasil analisis (bukan tilikan ya).
"MOHAMMAD ZAIMI BIN SAAD, Anda sememangnya HEBAT dan berhak menjadi HEBAT. Apa yang anda hanya perlu lakukan ialah kenali diri anda, gilap dan serlahkan potensi yang telah anda kenalpasti serta perbaiki perkara-perkara negatif yang terdapat di dalam diri anda
Bersama dengan ilmu serta tunjuk ajar daripada mereka yang telah berjaya, buat plan-tindakan dan bersungguh-sungguhlah melaksanakan plan-tindakan anda itu. InsyaAllah, berkat usaha anda yang berterusan yang tidak mengenali istilah putus asa serta doa yang tidak putus-putus kepadaNYA, anda akan berjaya memperolehi apa yang anda angani dan citakan.
Sedikit mutiara kata untuk dikongsi sebagai perangsang kepada anda yang HEBAT ini:
"No matter how bad it is and how bad it gets, you're going to make it."
"Winners never quit, quitters never win."
Nombor Peribadi : 4 -
Aku tak pasti sama ada aku minat No.4 atau tak yang pasti aku suka juga kerana atas sebab tertentu
Elemen :Kayu (Aku tak pasti apa maksud "KAYU" tersebut.)
Ciri Utama :Rancang (dan memang aku suka merancang)
Sinopsis :Disukai kerana kemahiran dan perancangan, namun kemahiran perhubungan sempit. (aku akui punya perancangan yang baik dan kemahiran yang agak baik tetapi dalam bab implimentasi agak lemah kerana kadang-kdang macam hangat-hangat tahi ayam dan kadang-kala atas sebab sekeliling atau individu yang buat kerja aku sangkut. Dalam bab kemahiran perhubungan aku akui PR aku dengan orang sekeliling agak baik tetapi dengan orang yang 'special' agak tak pandai sampai kadang-kala dia agak merajuk dengan sikap aku yang lebih utamakan orang lain. Azah kata aku ni terlalu baik dengan orang lain... Wallahu'alam)
Tafsiran Umum Peribadi :
Kemahiran tinggi, bijak, tidak mudah putus asa, sukar simpan wang, perhubungan mudah putus. - (bab perhubungan mudah putus aku tak berapa setju sebab sejarah percintaan aku menunjukkan aku sangat-sangat mempunyai usia percintaan yang sangat panjang dan aku harap bila berkahwin nanti berpanjangan sampai ke sana..)
Warna Yang Sesuai :Hijau. (saya suka hijau tapi saya tak suka hijau tompok putih)
Status Body Mass Index (BMI) :
24 => Normal (mempunyai berat badan yang ideal). Kekalkan gaya hidup yang sihat melalui pemakanan yang sihat dan seimbang serta bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
Masalah Kesihatan Berkaitan :
Struktur tulang, kawasan hati, mata, masalah tendon, kekejangan otot (terutama sekitar bahu), masalah kulit. (kekejangan otot - selalu berlaku di bahagian kaki selalunya ketika bersukan tanpa warm-up yang sempurna atau ketika tidur)
(KERJAYA SESUAI)
Perabut, kertas, pendidikan, perpustakaan, pertukangan, pakaian, kebudayaan manusia, buku, studio rekaan, fabrik, penanaman, perladangan, hortikultur, perkebunan, perhutanan, kilang papan, perubatan, hospital, keagamaan, pelukis, doktor, ahli farmasi, guru, profesor, penerbit, pegawai perhubungan, pentadbir pejabat.
Selalu keluar dan tiada di rumah/pejabat. Suka berniaga dan mudah untung. Terlibat dalam aliran wang, mudah terlibat dalam rasuah. Memiliki gerak hati, ilham, firasat dan muslihat.Berakademik, kurus dan citarasa makanan yang tinggi. Banyak idea, tercari-cari kekayaan/kejayaan, mudah bosan dan terlalu suka berangan. Bergaul dengan orang kenamaan/VIP, mudah mendapat kepercayaan orang atasan. Duit banyak dihabiskan untuk belanja orang atasan/kenamaan. Mudah disabotaj dan mensabotaj.
(KERJAYA TERBAIK)
Hartanah, pusat kewangan, pembuat pasu, kedai antik, pakar runding, perakaunan, pengkebumian, batu permata, marmar, kontraktor, perlombongan, kebajikan, pembinaan, broker saham dan sekuriti, arkitek, pekebun, peladang.
Analisis diri Vs Reality diri
Saturday, April 16, 2011
Kerjaya, masa depan & hujung minggu..
Aku terpanggil hendak ke sana bila menerima email dari jobstreet.com tentang pameran kerjaya, latihan & pendidikan yang diadakan pada 15-17 April 2010 dan seraya aku menerima pelawaan Cik Azah untuk berjumpa di sana lantas terus bersetju tanpa banyak soal.
KL banjir kilat dan beberapa batang jalan sesak dan hapir tak bergerak dan hanya selepas pukul 1 petang baru aku menapak di pakir Mid Valley dan terus mengisi perut bersama Azah. Rindu menebal jangan dikata. Walaupun begitu sebelum itu si dia telah pun menghantar CV aku terlebih dahulu sebelum aku sampai.
Selepas makan tengah hari kami bersama seiringan masuk ke pameran. Tidak perlu daftar kerana kami sudah berdaftar secara online sebelum itu. Booth ada lebih kurang 100 buah dan menjarah satu per satu booth dan ringan tangan untuk menyerah CV kami kepada booth-booth tersebut. Sambil menyelam minum air, sambil mencari peluang pekerjaan baru sempat juga berdating walaupun si dia akan pulang ke UTM secepat mungkin kerana datang bersama 3 lagi rakan.
Menukar kerjaya...
Keinganan menukar kerjaya tiba-tiba aku rasa kerana mungkin aku dijadikan dengan satu sifat cepat bosan denagn sesuatu (bukan dengan pasangan) terutama bila ia menjadi rutin dan seolah-oalh hari itu berulang dan berulang seperti lakonan semula sehingga aku terlupa tarikh & hari kerana terlalu rutin dan bosan. Alasan lainnya kerana pendapatan yang aku peroleh sekarang kurang memberangsangkan sementelah aku cadang-cadangnya mahu mengakhiri secepat mungkin zaman bujang aku dan memandangkan si dia pun akan tamat belajar pada awal Mei maka aku harus secara drastik & aktif perlu mencari ruang dan peluang baru yang lebih baik untuk masa depan kami. Pada masa sekarang memang sebenarnya kami sudah berbincang tentang masa depan kerjaya masing-masing.
Sayang...
Terus terang aku katakan yang aku sebenarnya sangat sayang pada kerjaya aku sekarang tetapi aku punya wadges rate yang bagi aku agak keterlaluan kurangnya dengan skop sekarang. Aku punya tanggungjawab atas 3 tugas jurutera yang berbeza iaitu sebagai jurutera elektrikal, jurutera instrumentasi & jurutera HVAC tambahan lagi aku punya tugas di plant Biomass & perlu menjaga bengkel mobile (untuk pembaikan forklift & reachtruck). Sudah ada 4 tugas jurutera & in-charge disitu tetapi nilai gaji amatlah menyedihkan...
Paling menyedihkan sudah lebih 4 tahun tangga gaji tidak dikaji semula majikan sedangkan harga keperluan semakin hari semakin meningkat. Pihak majikan mungkin tidak beberapa tertekan kerana Pengarah Eksekutif dibayar oleh PNB manakala barisan pengrus sudah tentu tangga gaji tinggi dan mampu punya kereta MPV mewah.
Agak malang bagi peringkat eksekutif & ke bawah kerana tangga gaji diseragam & bukan pula di nilai atas dasar contribution & task-weight. Maksudnya di sini, tidak kira berapa tegar anda bekerja ata malas anda bekerja hasilnya tetap sama. Kerna perihal itulah banyak membuatkan aku jadi lebih kecil hati & hilang semangat & kekuatan diri kerana kita dinilai secara kolektif bukan pada kebolehan individu...
Letih...
Setelah sehari suntuk menjarah peluang kerjaya, maka malam ini aku mahu menonton perlawanan separuh akhir piala FA Inggeris antara Manchester United & Manchester City.
Jumpa lagi di penulisan akan datang..... terima kasih & doakan yang terbaik buat aku & si dia...
Thursday, April 14, 2011
Senarai Gaji Standard
Pautan:(klik kanan & buka dalam Tab baru) --> Senarai gaji standard Malaysia bagi tahun 2010/2011
Di atas adalah pautan dokumentasi oleh Kelly Research Service mengenai kadar minimum & maksimum gaji di Malaysia. Seperti yang saya cuba suarakan adalah tidak wujud sama sekali taraf sara diri walau di mana saja kerana kita perlu ingat setiap harga barangan keperluan dikawal dan distandard di seluruh negara. Walaupun sebagai contoh negeri Perlis adalah antara pengeluar beras dan gula negara tetapi harga runcit adalah tetap sama walau dimana.
Sama-sama kita check gaji kita ya... enjoy! Hahahahaha
Hmmm.....
Aku pun tak tau macam mana nak mulakan tapi perasaan aku bercampur-campur pada masa ni. Dengan dihimpit 1001 dugaan yang Allah beri aku cuma mampu doakan yang terbaik untuk aku hadapi semua ini. Segalanya aku redha dengan ketentuan ini tapi akau tak tau sampai bila harus aku sabar. Aku dah cuba sedaya upaya aku untuk cuba pujuk hati supaya lebih bersabar & tekun berusaha
tapi kadang-kala patah hati mematahkan semangat aku untuk mengatur langkah aku. Aku cuma mampu berdoa & bertawakkal kepada Allah SWT.
April & Perancangan...
Aku baru terima panggilan untuk temuduga di sebuah syarikat pembuatan besi bergalvani atas kapasiti jurutera elektrik. Bukan aku tidak suka dengan tugas aku yang sekarang. Aku pasti aku akan merindui suasana sekarang walau dimana Allah letakkan rezeki aku selepas ini. Disini bermula stu proses perkembangan aku dalam pembangunan diri dan professionalism aku dan membangunkan pengetahuan aku dalam bidang kejuruteraan cuma sedikit terkilan dengan apa yang aku dapat. Aku mampu beri yang terbaik kepada organisasi tapi aku rasakan apa yang aku peroleh tidak memadai. Bukan tidak bersyukur tetapi tidak salah meminta lebih atas dasar apa yang kita kerjakan. Aku faham situasi organisasi tetapi... Perancangan April: aku mula menghantar resume ke tempat lain walaupun aku mampu peroleh pekerjaan yang lebih baik dengan mudah melalui perseorangan tapi aku tak mahu terlalu mengharap budi orang takut tergadai sesuatu satu hari nanti.
Kecewa...
Aku diberi tahu bahawa dengan apa yang diberikan ia setimpal dengan kos sara diri di daerah Hulu Selangor ini... Jika logik akal fikiran, dimana saja dibumi Malaysia, kos tetap sama. Petrol RON95 walau dimana saja di tanah Malaya ini tetap sama pada RM1.90 begitu juga dengan harga rncitan yang lain. Tidak sepatutnya mereka timbulkan tentang kos sara diri yang berbeza-beza kerana harga di mana-mana tetap sama. Bila aku selidik min gaji pada aras pengalaman, ternyata sekali amat berbeza sama sekali.
Tangga gaji...
saya akan muat turun jika boleh senarai tangga gaji statistik pada 2011 pada post saya akn datang untuk tatapan anda... Insya Allah
Sunday, April 10, 2011
Weekend, Liga & Maintenance
Setelah melalui minggu-minggu tugas yang membosankan aku akhirnya telahpun mengakhiri minggu tersebut dengan weekend yang bagi aku agak terisi. Punya ruang dan masa untuk menonton wayang di pawagam. Bila ada makhluk yang satu kepala dan satu hobi memang la best, kaki merayap, kaki layan movie (tak kesah la even terpaksa layan filem Melayu asalkan dibelanja) dan kaki melantak (jalan-jalan cari makan). Segala-galanya best meluangkan masa bersama anda! terima kasih daun keladi. Sorry Cik Azah, mmg x boleh tahan la nk p i-City. Cik Azah lambat sangat nak balik, so I p dlu la ye...
Weekend ni aku melayan filem Ghost must be crazy (comedy/horror) satu filem Mandrin dari Singapura yang mempunyai 2 cerita dalam satu filem ala-ala "Sini Ada Hantu". Cerita pertama mengisahkan tentang 2 askar Singapura yang nak juga cari alasan tak nak buat latihan medan. Depa cari macam-macam alasan & cara supaya boleh escape latihan. Opening cerita memang cantik & lawak sampai aku terbahak-bahak.
Cerita kedua pulak "Ghost Bride" tentang seorang mamat yang ditinggalkan kekasih yg berbadan besar sebab dia mmg jenis pokai & dinasihatkan oleh seorang stranger supaya pinjam luck orang mati. Memang strike dia punya nombor tapi setiap permintaan mesti ada balasan... tapi tengok saja la cerita ni memang tak rugi la... komedi ringan dan mampu merubat kekusutan kepada. Aku bagi 3* dari 5*.
Cerita kedua yang aku tonton ialah "Dilarang Masuk". Cerita 4 orang sahabat yang mencari jalan keluar dari htan dan hinggap di sebuah rumah yang didapati mempunyai 2 mayat, sepucuk pistol & wang RM2.8juta. Ada cerita disebalik apa yang ada dirumah tu dengan salah sorang dari depa. Penceritaan tak berapa kuat dan sebenarnya agak ringan pembawaannya. Tak kena langsung dengan tag line "tiada jalan keluar" tapi last sekali ok je ending. Aku ingat macam Hotel California tapi memang cerita tak serupa tag line da... Tapi ok la kalau nak layan jugak tapi untk keseluruhan aku bagi 2* dari 5*.
Liga Bolasepak Heveafil 9-Sebelah.
Minggu ni dah mula liga bola sepak. Aku dah 2 tahun tak main bola padang mahupun futsal sebab atas faktor kecederaan lampau. Minggu ni liga ni akan menguji fitness aku atas padang bola yang boleh aku andaikan padang tu seolah-olah rough field yang bila-bila masa boleh menyebabkan kecedaraan tahap mengeliat kalau kena urut. Tak apa, main saja la, kemenangan bkan tujuan utama tapi saja nak berseronok dikala ada kesempatan. Mana latahu tahun depan dah jodoh dengan syarikat lain... Ekekekekekeke.
Maintenance.
Time aku nak buat maintenance ka kelab sukan nak buat aktiviti. Nak p Ipoh la semperna Minggu Amanah Saham, liga bolasepak la... adeh.. esok nak kena usha Biomass plak dan sudah tentu satu hari esok ada kat sana saj dan habis office hour dah kena ada kat padang untuk liga bola sepak. Fuhhh... letih gua beb...
Friday, April 8, 2011
Zaimi & remajanya...
Ikon aku Kurt Cobain, Nirvana. Berambut panjang tendang telinga, berbaju t-shirt, berjeans lusuh dan berkasut converse. Kalau nak diikutkan trend sekarang mana mungkin cewek mau sangkut sama aku. Hahaha. Tapi terus terang aku katakan aku selesa dengan imej begitu. Muzik Grunge adalah muzik yang menjadi santapan dan antara band yang banyak mempengarhi muzik aku seperti Nirvana, Pearl Jam, Alice In Chain, Bush dan lain-lain cuma selera muzik agak berubah selepas cinta pertama aku minta supaya aku dengar lagu-lagu oldies & 70's. Pada masa itu kami jamming bersama dan menjadi lagu wajib adalah hey Jude!, helps!, yesterday, from me to you, act naturally dan eight days a week dari The Beatles. Boleh katakan apa-apa saja bersama termasuk menemani aku menyertai gigs dan jamm seassion.
Mana mungkin aku tinggalkan imej rock berat seperti grunge atau punk rock sebab aku membesar dan mula terpengaruh dengan muzik sebegitu sejak dari 1993 (Darjah 3) lagi dan terus terpengaruh sehingga sekarang. Budaya negatif Grunge seperti vandalisme, free speech & lain-lain agak cuba aku kurangkan. Bukan apa, kalau makin lama asyik sama mana pula kematangan tu kn? sementelah pula profession sekarang dipegang oleh kod-kod etika tertentu so jadi la seorang yang matang walaupun masih lagi grunge!.
Monday, April 4, 2011
..dan apabila Zaimi Saad menulis...
April adalah bulan yang amat mendukacitakan aku. Patut la orang putih selalu bagi hal-hal bodoh pada bulan April macam 'April Fool'.
Bukanlah aku terperangkap dengan sejarah sendiri, tetapi aku rasa sesuatu yang telah lepas tak patut diungkit semacam mengorek mayat dari liang lahat yang dapat cuma bau busuk & loya, kenapa tak dibiarkan ia bersemadi dalam lahat itu?
April Penggerak
April 2011 adalah bulan penggerak aku. Aku dah rajin hantar resume, update resume & lain-lain. Bukan aku tak suka dengan kerjaya aku sekarang, tetapi apa yang aku dapat tak setimpal dengan tanggungjawab & risiko yang aku hadapi sementelah berhadapan dengan pelbagai karenah. Terlalu banyak tanggungjawab yang aku tanggung semua terlambak atas bahu. Bukan aku tak mampu pikul tanggungjawab tetapi aku merasakan yang aku seolah-oleh dikerah tenaga tak ubah macam abdi landasan kereta api maut Thailand-Burma zaman 1940'an dulu. Yang paling lawak depa kata gaji aku standard FMM dan paling tinggi dalam Hulu Selangor. Chittt, poorahhhh!
Harapan pada April
Aku amat berharap yang aku mampu mengubah landasan hidup selepas ini. Tak sanggup dah nak redah. Dalam kepala ni terlalu banyak benda yang aku fikirkan. Kadang-kala nak menangis pun ada. Orang lain pakai smart, mengadap PC kerja apa satu pun tak ada datang kerja, balik, cukup bulan dapat gaji. Sama plak tu nilainya dengan gaji aku. Holy shitt!!!
Resume April
Esok nak hantar lagi resume. Aku dah tak sabar nak mula hidup baru. My forecast, by second quarter of 2012, there will be no more youngster. They should change! Thanks to thought me just like a Tadika kid. Got cha!
Sunday, April 3, 2011
Weekend @ Kampung
Hujung minggu ni aku menghabiskan masa di kampung. Hari khamis selepas solat maghrib & bacaYasiin, mak aku call suruh aku balik & tolong bawak balik barang adik aku skali. Jumaat aku ambil leave dan mulakan perjalanan ke Seremban 2. Sampai disana, aku & adik aku pun berkemas dan terus bertolak ke Bandar Seri Putra ke rumah kakak aku sebab dia ada kirimkan barang untuk bawak balik ke kampung.
Nak dijadikan cerita akak aku suruh pulak aku kemaskan barang kat belakang kereta sebab dia nk tumpang balik sekali ke kampung. Aku memang nk balik kampung sebab nak tenang kan fikiran yang amat kusut dengan segala hal dunia yang x habis2 melanda. Rimasa sangat aku dibuatnya & sebab tu aku bercadang nak lari buat sementara waktu.
Bertolak dari KL dalam pukul 5 petang dan singgah sat di Taiping lepak dengan Suhailly sebab dia bersungguh-sungguh suruh aku lepak dulu sebab sehala nak balik. Yela Sue, aku lepak makan malam dengan Suhailly then teruskan perjalanan. Sampai kat kampung pun dalam pukul 1 pagi.
Esoknya...
Aku melepak dengan kawan-kawan naik Pajero jalan-jalan keliling Perlis tengok tempat banjir. Kawasan Bintong paling teruk tapi waktu aku ke sana air dah semakin surut. Lepas penat jalan-jalan, kawan aku bagi cadangan yang paling pelik pernah aku dengar, "Wei, jom kita p Jitra, layan crita CUN, depa kata cerita tu best!". Perghhhh... setahu aku si Harun Salim Bachik ni bukan suka pun melayan cerita Melayu... "Tak po la wei, aku tau bank tenggelam, aku belanja tiket makan sendiri-sendiri". Kami ramai-ramai pun bersetuju...
CuNNNNnn
Layan la cerita ni memang lawak tak ingat dengan loghat utaranya dan plot cerita yang amat menarik & cara penceritaan yang sederhana & plot yang menarik. Cerita ni sebenarnya tentang Maya yg lari ke kampung pembantunya (si Faezah Elai) di Kedah. Kena pulak terserempak dengan si hero kampung. Berlaku la pelbagai adegan lawak & romantik antara 2 orang depa. So hangpa p la tengok. Aku dapat tiket free tak pa. Hahahahahaha. Lepas layan movie kami pun balik rumah melayan penat. Tp malam tu aku adameeting Pemuda UMNO Cawangan pulak. Aku tercalon untuk perwakilan Pemuda UMNO Cawangan ke Bahagian Kangar... Huh jenuh nk kena berulang p meeting. Kos tu...
Ahad
aku rasa malas nk balik... aku rasa best dok kat kampung. Ramai kawan-kawan, tak jamm, best... macam-macam ada disini. Tak apa aku akan berusaha untuk balik ke sini...
Wednesday, March 30, 2011
Dugaannya...
Al-Baqarah:286
Terasa amat besar dugaan Allah dan aku akan hadapinya dengan tabah dan terbuka serta penuh sabar. Tapi aku takut sgt2 kalau-kalau aku tak mampu bersabar sebab aku teramat tertekan dengan keadaan sekeliling. Aku cuma mampu merapatkn diri dengan Allah tempat aku mengadu. Allah segala-galanya bagi aku.
Monday, March 28, 2011
Ruqyah Syari'iah: Cuba sehabis daya, Tawakkal sehabisnya...
Rasanya dah hilang nafsu untuk terus berharap, berharap akan sesuatu yang tak pasti. Sudah letih sangat berusaha dan bekerja tapi hasilnya tak seperti diimpikan. Ada saja sangkut disana-sini. Bak kata Azah mungkin ada hikmahnya... Aku hampir-hampir putus harapan dan syaitan tu sudah berjaya menggoda aku untuk merasa was-was dan berburuk sangka kepada Allah SWT. Syaitan berjaya menanam sedikit rasa rasa letih & penat berdoa, "Doa pun buat apa, Allah tak akan perkenan doa tu. Berapa lama dah kau berdoa, ada Dia dengar? Tak kan?" itu la yg selalu terdetik dalam hati setiap masa aku menadah tangan ke langit dan setiap kali aku tunduk bersujud semasa solat.
Melawan...
Aku melawan! Cepat-cepat aku beristighfar dan meminta perlindungan daripada Allah dari rasa was-was dan memohon ampun dari Allah. Moga Allah teguhkan iman aku supaya tak tergolong dari orang-orang yang Dia murkai. Aku mula menyelidik apakah penyakit aku yang sebenar yang buatkan urusan dunia aku tertangguh sebegini rupa.
Dari kaji selidik kemungkinan aku mengalami gangguan jin dari ciri-ciri perlakuan aku, emosi, ibadah dan lain-lain. Aku pun cuba kaedah perubatan Islam. Selesai muat turun mp3 ruqyah aku mula atur strategi. Aku Isi air dalam tong-tong air dan aku buka mp3 ruqyah dan biarkan botol-botol tersebut terbuka. Aku ikut bacaan Al-Quran yang aku siap tanda dalam Al-Quran slow-slow mengikut mp3 tersebut. Boleh katakan ada part-part aku rasa meremang, sakit, berdenyut dan selalu sendawa. 1 jam 20 minit. Selesai bacaan ruqyah tersebut, aku ambil sebahagian air tersebut untuk dibuat mandi dan sebahagian lain untuk dibuat minum dan kegunaan harian. Sebelum tidur, aku sempat menghabis bacaan Al-Ma'thurat Sughra dan sembat bersembang-sembang skejap dengan Cik Azah ku.
Bangun pagi:
Terasa amat mudah untuk bangun subuh. Subuh tidak lagi subuh dinosaur, badan pun rasa lebih ringan. Terdapat banyak perubahan selepas alamalkan terapi ruqyah syari'ah. Kena ulang selalu.
moga Allah lindungi & perlihara iman aku dari tergelincir dan menimbulkan sifat buruk sangka kepada Alllah SWT. Selawat & salam kpd Baginda SAW & keluarga serta sahabat. Semoga Allah mempermudahkan urusan rezeki & jodohku. Amin ya robbal 'alamin...
p/s: email aku kalau nak salinan terapi ruqyah....
Friday, March 25, 2011
back to the keys...
There's been a good news from my beloved friend, TomTom... You must be brave for that... Go strong....
...and by time goes by...
There's been so many things which I should consider, consider move off, consider to retreat, consider to have something.... I'm stuck in the mid way. In some issues, I didn't know either I've to finish it or retreat from it.
Master Degree Proposal
I'm currently working on the proposal of the biomass fix grates boiler and I think that I need to go further better then stood still in this locus. This is our world a multi-dimensional and we shouldn't have to go in an axis but we may go in our on coordinates at every axis we want. Standing as a rock is not the best choice but it may kill you. If we keep going with 'what we currently had', we'll go nowhere but still in the circle. The circle of dumb & numb. Outdo now!
Love, Hate, Love
Thanks God to lend me a team of angles... 24/03/2011 - my dad's 63rd birthday. Happy birthday ayah, i love you so much. You're my hero, my messiah!
Thanks to my Cik Azah, thanks for supporting me in the proposal paper.
External Project
There's been several project which currently still in the evaluation. May Allah put His bless on all my effort to go beyond for me to help others.
- Circulating paddy dryer biomass fired for rice mill
- Inclined biomass rice husk paddy dryer
- Out door fitness equipment
- Rice husk pellet mill in Kuala Perlis.
Sunday, March 20, 2011
Game Catridge Tahun 1990'an Yang Aku Rindui
'Tape' Mario Bros |
Mak Bising
Bila dengar saja kami buka game, mak selalu marah-marah sebab takut-takut TV rosak sebab selalu main game. Habis-habis pun mak akan bagi masa 30 minit untuk main sebab aku ni jenis pemalas baca buku. Sebab tu ada limitation kat situ. Kalau tak tutup jugak alamatnya bergegar la satu rumah dengan suara mak aku yang kuat dari dapur tu... Grrrrr.... Selalunya game ni lama-lama akan hang sebab cepat panas & tak ada cooling fan.
Game-Game Popular
Dalam satu katrij tu kadang-kadang 1 game, kadang-kadang 3 in 1, paling besar beribu-ribu dalam satu. Pilih & main la sampai muntah darah.... Ekekekekekeke... Kalau aku sebut satu-satu game ni mesto hangpa ingat sambil tergelak-gelak...
1. Street Fighter -
Ada Ryu, Ken, Mr. Bison, Chun Li & lain-lain. Aku paling suka guna Dhalsim sebab tangan dia boleh panjang & boleh buat screw... Paling aku x suka Blanka bila main dengan kawan aku sbb asyik nak sliding aku & buat karan...BZZzzzzzzzttttt!
2. Contra -
Kami panggil game Rambo sebab dia ada ikat kepala macam cerita First Blood:Rambo lakonan Sylvester Stallone. Ada banyak stage, senjata peluru macam-macam. Last skali lawan dalam sarang alien. Kalau ibu alien dah mati, jap lagi ada helikopter mai ambik & finally pulau pun meletup... Hampeh... Kalau main game ni pakat-pakat berebut nak ambik P1 sebab kawan aku cakap yang kaler merah lagi kuat dari biru. Hampehhh... menipu saja lebih!
Rambo kat stage 'waterfall' lawan naga tangan api |
3. Battle City @ 1945 Tank @ Game Kereta Kebal.
Boleh buat kubu sendiri atau main ikut stage. Objektifnya senang saja, tembak semua kereta kebal musuh dan jangan bagi Burung Besi kena tembak dengan geng jahat. paling aku x boleh blah kalau geng jahat sembunyi dalam hutan. Ambush sehhh!
5. Tetris @ Game Atur Bata
Game ni best sebab muzik kita boleh pilih nak lagu apa... dalam bunyi MIDI saja la. Objektif sgt mudah... jgan bagi bata lebih tinggi kalau tak.. GAME OVER.
Zaman Dah Berubah...
Banyak lagi game yang aku tak senaraikan yang mungkin hangpa pun ingat jugak. Tapi apa-apa pun zaman dah berubah beb... La ni macam-macam ada. PC games, PSP, Xbox, PS dan macam-macam lagi. Apa-apa pun aku bangga dilahirkan pada zaman tu sebab sangat menghiburkan. Agak nostalgik dan aku faham teknologi dah tinggalkan kenangan begitu jauh tapi aku tetap rindukan zaman itu...
Saturday, March 19, 2011
Tsunami Di Jepun - Footage Amatur Yang Paling Dahsyat
... and when my fingers dance on the keyboard...
I wrote this off without any intention. It wasn't easy to press even a single key on this keyboard and express out all of those things which keep running circle in my head. I only may describe it as a complicated matters which I didn't know how to untie it, roll it and keep it nicely and show you how does it looked like because the tangle is begin without a start and end without an end.
It just like a circle rubber band which has been tangled up and you didn't know how to make it. A sip of smokes & a milligram of nicotine may reduce the depress a little bit. It's Ok even for a while...
I didn't know how to express it in a line of words.
Exhausted & Lost...
I'm just finished with the biomass plant commissioning & testing period. It running well but need some modification on the heat transmission system & logic control unit (PLC). I need to return back to the plant almost every night after office hour after several phone call. I'm totally faces insufficient quality sleeps, fluctuation of emotion and variable conflict between the desire, responsibility and needed.
I went back there while the other fellas have their own nice sleep but I, facing the hot ambient temperature, flying sawdust, bubbling solid fuel and wet sweat which covered all over my face. Result? ain't got anything. They pay me even smaller then the guys which seat back everyday right in front of the PC with fucking PC games. That's the way the world serve the technical person.
I'm just been there only upon my responsibility to protect my men and the machinery from any hazard. But I do really love this job and really love the environment because I've a very supportive team and friends. That's why it was really hard for me to leave this shit. :) MONEY DOES MATTER!
Projects
Since money does matter, I need to find any opportunity which makes more money then my current pay check. I'm involving in some mini project such as fitness equipment for outdoor unit for the government agency and private park, rice husk pallet for agro-fuel (JV with Mr. G & Mr. Ridzwan for Swiss market) and erecting a new mini thermal generator for paddy dryer unit for rice mill. I hope Allah be with me... O' Allah I need more money to helps me & others...
Alone+Easy Target
I'll keep this keyboard off from my sight for a while, while having my coffee & nicotine. I don't wanna be alone... I need someone to support me in every single of my life's segment and I choose her to be mine. I don't wanna be alone because I'm the easy target....
Friday, March 18, 2011
Perlaburan Emas Secara Bijak - mengikut pengalaman aku
Emas... galian amat berharga dan nilainya tidak boleh dimaipulasi seperti wang kertas. Nabi SAW telah menegaskan kepentingan matawang dalam bentuk Dinar & Dirham yang mana secara similinya, nilai kepada matawang ini walaupun sesudah 1400 tahun tetap sama. Baginda menegaskan kepentingan berpegang kepada matawang yang bersandarkan emas dan perak dan terbukti harga emas sangat kukuh untuk dimanipulasi tidak seperti wang kertas dan kita dapat lihat penangan George Soros pada 1998 yang menyebabkan matawang serantau jatuh merudum & secara relatifnya jika harga sesuatu barangan adalah 1 Dinar pada 1400 dahulu, sekarang pun sama jugak 1 Dinar.
Perlaburan Emas Domestik
Di Malaysia terdapat 2 bank yang saya tahu menawarkan khidmat perlaburan emas dalam bentuk jongkong & syiling iaitu Maybank (maybank2u.com - investment - gold) dan public bank berhad (http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/investments/gold.html). Ada syarikat persendirian yang menawarkan khidmat jualan unit-unit perlaburan emas & perak berlesen seperti Public Gold ( www.publicgold.com.my) dan lain-lain. Ramai jugak dikalangan kawan-kawan saya yang menjadi agen perlaburan emas. Nak? boleh bagitau saya, nanti saya bagi no. telefon depa.
Apa yang perlu kita ambil kira sebelum melabur?
- Adakah agen perlaburan tu berdaftar@berlesen atau tidak. Kalau bank, sudah semestinya kalau yang lain? Kena la buat research sikit.
- Harga Belian & Jualan. Berapa depa jual kat kita?(Harga Jualan) & berapa pulak depa beli dari kita kalau kita nak jual emas kita (Harga Belian)
- Berapa pulak margin antara harga belian dan jualan agen tersebut? (Harga Jualan - Harga Belian)
- Adakah sekarang masa yang sesuai untuk kita beli? Untuk pengetahuan anda, perlaburan emas bukan untuk jangka masa pendek, tapi untuk jangka masa panjang. Kalau untuk keuntungan segera, mungkin sukar untuk dijangka tapi kalau jangka masa panjang (>3 tahun)... anytime boleh beli.
Setakat ni apa yang aku boleh cakap perlaburan emas tidak mengecewakan. Pengalaman aku selama 2 bulan ni menunjukkan peningkatan keuntungan sebanyak 5.527%. Sapa nak bagi beb?
Tapi satu saja, bila dah samapi haul, jangan lupa keluaq Zakat! Moga perlaburan & rezeki kita diberkati Allah SWT.
****p/s: Pernyataan diatas semata-mata untuk berkongsi. Tak ada niat nk buat promo. Tapi kalau nk sponsor pn aku alu2kan....
Penat, letih & Kurang Tidur
7.50pm - Lepas habis solat maghrib, aku baru saja nk chatting dengan Azah, tiba-tiba handset berdering & tengok panggilan dari Assistance Biomass ada parts pada fuel feeding system tak berapa berfungsi dengan baik. aku baru bercadang nak ajak Salami (housemate aku) makan sebab aku tak lunch sejak dari tengah hari tadi sebab agak sibuk dengan kerja di pejabat so aku terpaksa la membatalkan hasrat untuk makan dan kemudian bergegas ke Biomass Plant.
Unburnt Fuel, Clinker & Suhu
8.10 - bila aku masuk ke plant mula-mula sekali aku periksa adalah suhu di relau dan pada forward header dan aku tengok ada sedikit penurunan suhu. Bila di buka pintu api relau aku dah dapat agak yang unburnt fuel dah meninggi yang mana udara pembakaran tidak dapat menembusi lantai relau yang menyebabkan proses pembakaran kurang lengkap terhasil manakala bara yang berada pada lapisan terbawah akan disejukkan oleh angin dan mengeras.
Terpaksa la aku & fireman merodok-rodok lapisan disebalik api yang menjulang dan haba yang panas. Pada ketika itu suhu persekitaran dalam anggaran 50-70 darjah Celsius dan boleh membuatkan bulu roma aku jadi kerinting. Bila sebahagian unburnt layer & clinker dibuang barulah suhu relau dapat naik dan stabil pada suhu yang ditetapkan. Bila semua sudah selesai aku pun challo la dari plant untuk makan malam berseorangan tanpa teman...
Di rumah
10.55pm - baru sampai di rumah. Huh! nak mandi & tidur. Badan dah letih sangat-sangat. Tak mampu lagi nk buat apa-apa aktiviti.
aku nak baring & Zzzzzzzz...... Grohhhhhhhhzzzz
Thursday, March 17, 2011
My Movie Review
Last week sempat jugak aku melayan 3 movie kat cinema. Rata-rata boleh la dikatakan tak la terlalu menghampakan. Jom usha review kat bawah ni...
1. Hikayat Merong Mahawangsa
Koreografi babak aksi perlu ditingkatkan dan skrip tidak terlalu skema dan ada jugak skrip2 kelakar yg dijelmakan. Tak rugi untuk santai dgn keluarga menonton filem ini... Support local film industry.
Skrip: ***
Aksi : ***
Penceritaan : ***
Overall : ***
2. Kembar Siang
Filem ringan yang menceritakan pasangan kembar Awi & Awal dalam meneruskan kehidupan selepas kematian bapak depa. Aksi komedi ringan pada saya hanya pada standard 'drama' dan kalau ada adik-adik atau kepala tengah serabut boleh la layan filem ni sebab tak perlu banyak fikir kerana penceritaan adalah 'straight story telling'. Tapi secara keseluruhan tidak terlalu mengecewakan dan kelakar.
Comedy Stereotype
Overal: **1/2
3. Big Mommas': Like Father Like Son
Filem komedi yang menceritakan anak beranak yang terpaksa menyamar menjadi wanita untuk menyelamatkan diri dari kumpulan penjahat & dalam masa yg sama ingin menyiasat & mencari 'flash drive' yang mempunyai maklumat sulit kegiatan kumpulan tersebut yang dipercayai disembunyikan di dalam bangunan sekolah perempuan.
Gadingan hebat Martin Lawrence & Brandon T. Jackson membuatkan aku tak kering gusi. Penceritaan yang 'straight' dan penonton hanya perlu letak kepala & enjoy dan bagi yang baru menonton filem ini, selepas ni boleh la cari DVD atau download filem-filem Big Momma's yang terdahulu.
Overall: ***1/2
Wednesday, March 16, 2011
Mula menulis...
aku baru mula menulis blog pada hari ini & ini adalah blog aku yang bukan ilmiah pertama dan aku bercadang untuk kongsikan sebahagian dari kenangan, pengalaman dan perjalanan aku di sini. Mungkin juga aku anggap sebagai arkib hidup yang secara elektronik ditulis dan disimpan sehingga akaun ini ditutup.
Kerjaya yang membosankan...
Aku agak bosan dengan kerjaya yang aku nampak tak memberikan apa-apa malah apa yang aku dapat adalah di bawah par dari apa yang aku cuba sumbangkan. Aku cuba tanam dalam hati untuk jadikan kerjaya aku sebagai satu hobi & pejabat cuma tempat mengisi masa lapang berbayar. Tapi bolehkah aku buat macam tu? Tidak, sebab masih ada rasa tanggungjawab pada tugas aku.
Gaji aku vs gaji depa = sama
Aku merasakan bahawa apa yang aku cuba sumbangkan tak berbaloi jika gaji aku sama seperti gaji orang yang duduk mengadap PC di pejabat sambil bermain solitaire atau POPCAP Game. It was totally poppycock! Aku orang teknikal bukan orang yang menghadap PC dan bukan kerja sebagai PA. Terkadang aku rasakan diri aku terlalu bahalol untuk masih terus berada disini.
Biomass
aku baru saja selesai menyiapkan projek biomass 8juta kcal/jam dan boleh dikatan 80% berjaya selain dari masalah-masalah lain yang timbul kerana kelemahan spesifikasi teknikal dari pembekal & pemasang yang apa aku boleh katakan teknologi dungu tahap unta yang akhirnya menyusahkan aku & rakan sekerja.
Oleh kerana itu aku terpaksa masuk kerja semula selapas balik dari kerja pukul 5.30pm dan masuk semula sebelah malam sehingga pukul 1am-4am manakala masuk semula kerja sesi pagi pada 8am. Boleh katakan sepanjang Jan-Feb 2011 aku masuk lebih masa selama lebih 35 jam tanpa ada OT! Tanpa OT! Dapat claim cuti saja... Sedih sangat.
Moral dah hilang...
Terus terangkan aku katakan, moral untuk bekerja dah tak ada... Aku rasa macam dipermainkan. Aku sedih bila tenaga kepakaran teknikal dibayar sama taraf macam general worker Indonesia kat tapak binaan. Depa kata gaji yang depa bagi ikut standard FMM. Berguling geli hati aku dengar, macam aku budak tadika Kemas yang masih mak suapkan nasi.
Cuba bertenang...
Aku cuba bertenang . Cuba bertenang dari segala kekalutan & masalah. Azah la pendengar yang baik. Dia tak mengeluh dengan ekspresi aku bila aku mngeluh pada dia tentang masalah tempat kerja. Dia banyak buat aku cool dan kembalikan moral aku untuk bekerja. Bercinta jarak jauh agak susah. YM! dan sms saja yang jadi penghubung. Cuba untuk planning to have a family but I don't think that this is the best time but we keep our efforts on it and we're already put it as our main commitment besides to get our master degree. Moga Allah buka pintu rezeki-Nya kepada kami untuk menjayakan perancangan kami.
Outro...
Masa menunjukkan pukul 1.37 petang. Dah tiba masanya untuk aku tidur sekejap sebelum solat zohor dan aku curi-curi masa untuk menulis blog ini dikala masa rehat yang syarikat peruntukkan. Aku tak akan gunakan masa kerja untuk tujuan peribadi... Senyum Selalu! FMM RATES! Hahahahahaha! Funny Statement!